Tuesday, June 16, 2009

Masjid





Mengikut kiraan kasar saya, Melaka mempunyai paling banyak Masjid per KM berbanding negeri lain. Selang beberapa KM kita kan menemui sebuah Masjid walaupun baru ternampak sebuah Masjid sebelum itu. Masjid di Melaka secara amnya bersih dan ditadbir dengan teratur.

Saya pernah melihat orang buta berjalan ke Masjid dalam keadaan yang amat sukar dan beliau selamat tiba tanpa bantuan tongkat mahupun orang. Saya pernah mendengar seorang Ustaz menyatakan bahawa syaitan pun akan menolong untuk memastikan orang buat yang berjalan ke Masjid tidak jatuh. Jika orang itu jatuh nescaya akan diampunkan seluruh dosa umat Islam.Itu yang syaitan tidak mahu.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda " Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang dibenci Allah ialah pasar". - Riwayat Muslim.

3 comments:

cikgu mas said...

salam en mie

tak payah pandang kasar-kasar memang betul tu melaka memang byk masjid,surau tak terkiralah..tap kali ini pengamatanku terkantoi sedikitlah dimana yer masjid batu 5,hmmm.negeri orang saya cam,negri sendiri cam ni lak jadi yer,tapi rasanyer kt kawasan bandar tu..teringat saya pi kota baru ikut jalan Gua musang ,masa tu nak solat subuh,mencari masjid sampai kesiangan jadilah subuh gajah...

cikgu mas said...

oh ku amati betul2 tulisan jawi tu dengan kanta pembesar ooh di tanjung bidara..patutlah saya tak tahu,kg saya di area melaka tengah jalan besar ke muar...melaka cantikkan??

Azemi Ali said...

Salam cikgu.

Gambar tu dua masjid satu Masjid Pasir Gembur, Tanjung Bidara satu lagi Masjid Batang Tiga, Batu 5 dekat Klebang.

Pantai di Melaka cantik. Lebih cantik yang berdekatan chalet kecil berbanding hotel besar. pantai di Hotel besar tidak sesuai untuk mandi-manda.

Tapi sayang udang geragau semakin berkurangan.

Related Posts with Thumbnails