Monday, June 29, 2009

Bekam

Sekarang sudah bulan Rejab. Kemudian diikuti oleh Syaban dan Ramadhan. Pada bulan Rejab inilah peluang untuk umat Islam meningkatkan momentum ibadah. Seterusnya momentun ini akan lebih bertambah di bulan Syaban, Ramadhan, Syawal dan kemuncaknya pada bulan Zulhijjah. Iaitu bagi mereka yang mengerjakan haji. Rebutlah peluang untuk melakukan ibadah seperti berpuasa di bulan Rejab. Banyak fadhilat bagi umat Islam yang berpuasa. Berpuasa dengan sebenar-benarnya, iaitu berpuasa seluruh anggota badan. Janganlah hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.

Pada suatu waktu dahulu apabila saya melihat orang berbekam atau bekas bekam di kepala orang yang berbekam saya rasakan ia sesuatu yang pelik. Kenapa dibotakkan kepala dan ditoreh. Rasa takut untuk mencuba.

Itu dulu. Sekarang saya ok sikitlah. Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.

Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat dari Pusat Rawatan Bekam Al Yakin, Prima Saujana ialah :
1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah menapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.

Banyak sekali faedahnya. Ia adalah sunnah. Kenapa tak cuba?


Sedang mendapat rawatan bekam. Hari ini dalam sejarah, inilah kali pertama saya berbekam. Ada banyak pilihan tempat untuk berbekam sama ada di kepala, belakang badan, kaki, dada, perut dll. Nabi berbekam di kepala, jadi saya pun berbekam di kepala. Yang paling afdhal. Gambar diambil oleh juru bekam dengan 7 tahun pengalaman iaitu Tuan Mohammad Muhahid, pewaris bekam dari ayahnya Hj. Ibrahim Mokhsen.

Semasa bekam tu keluar darah kotor berwarna kehitaman dan pekat. Macam darah beku. Tuan Muhajid tunjuk darah beku itu kepada saya tapi saya tak sempat snap sebab tengah berbaring. Memang likat dan berwarna merah kehitaman.

Masa bekam ni tak keluar darah bersih ke?

Jika doktor ingin ambil darah, doktor akan cari urat. Darah bersih mengalir di dalam urat. Sel darah mati dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan buah pinggang. Namun sebahagian darah kotor masih ada di bawah kulit. Proses bekam mengeluarkan darah kotor dari badan.

Rasa selepas berbekam ialah memang kepala lebih ringan dan hilang pening.


Di kedai gunting sebelum gunting rambut ala rekrut askar. Dan juga ala orang baru balik haji dan umrah.


Gambar terkini sebelum posting ini dibuat.

Berbekam adalah sunnah Nabi di bulan Rejab.

14 comments:

benludin said...

betul..byk kebaikannya berbekam ni.

aku selalu jg berbekam....tp belum pernah cuba di kepala...

Azemi Ali said...

As Salam.

Bekas bekam di kepala buat orang tertanya-tanya.. apa tu?..mesti ramai orang tanya ni.. Pelik..

Tapi saya masih dalam cuti..dan biasanya rambut saya cepat tumbuh.. Tak nampak sangatlah..

Ada orang pula pakai kopiah, tak nampak juga..lagi baik pakai serban macam pak mertua tuan tu..

en_me said...

ingat me nak buat nantilahh.. salammm

Azemi Ali said...

Salam ukhwah Tuan Me,

Bekam sunat di bulan rejab. Ada masa 3 minggu lagi.

BAGAk said...

Tiap2 tahun saya ada berbekam di kepala dan badan(sebelah belakang)

Baru tahu ada pahala sunat berbekam bulan rejab, tq.

Kena berniat sebelum berbekam, alhamdullilah niat saya mengikut sunnah nabi; tiada penyakit berat dalam badan sehingga kini.

Memang saya galakkan untuk sesiapa untuk berbekam.

Azemi Ali said...

Salam tuan bagak,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda mengenai berbekam. Kawan saya ajak berbekam lebih sepuluh tahun lepas, tapi baru sekarang saya terbuka hati untuk mencuba. Alhamdulillah.

afisazlie said...

salam che mie,
hmm rasa mcm nak gak bekam tapi rasa ngeri lak, hehe.. tapi kalau sy buat, mungkin bukan di kepala kot, hehe.. InsyaAllah..

Azemi Ali said...

Salam Afisazli,

Dulu pun saya rasa macam tu juga.

Kalau tengok gambar tu..dekat kepala saya macam ada bendera jepun (ada orang kata)..hehe

Sebelum sya buat ni pun banayk saya tanya dengan tukang bekam tu. Bila dah yakin baru saya buat. Kalau buat belakang badan pun ok.

KN said...

Jemi, sakit tak? Ngeri la aku tengok

Sham.

Azemi Ali said...

Salam Sham,

Tak sakitlah. But don't do this at home..

Cubalah. Best.

Isar said...

Salam Semua,
Berbekam memang bagus bukan untuk laki untuk pompuan pun ok gok, bukan setakat darah kotor aje keluar, tapi angin jahat turut keluar. Question? hati-hati dengan bekas bekam kot-kot depa tak cuci betul-2

Azemi Ali said...

Betul tu ISAR,

Kena pastikan perlatan distril dulu sebelum buat bekam.

Terima kasih

Anonymous said...

askm,
pempuan x pyh bekam kot...tiap2 bulan drh kotor dah d buang.
tak silap sy buah pinggang cuci drh kita supaya sentiasa bersih manakala limpa memusnahkan sel2 drh yg dh rosak@tua.waallahualam.

nory izecson said...

salam,
ooo..boleh pilih ye nk bekam kt ne??
bg org perempuan,xbleh la nk bekam kt kepala..lelaki lain la..boleh botakkn kepala..erm,sbrnya xkira la laki ke pempuan..msg2 kna cuba ikut sunnah nabi ni..byk faedahnya..hehe. sy pn nk buat nnt:)

Related Posts with Thumbnails