Monday, June 15, 2009

Hadiah Hari Lahir



Aku terjaga dari tidur. Tidur tidak lena. Beberapa jam tadi aku menerima hadiah yang istimewa sempena hari lahirku. Kakiku bengkak. Kedua-dua tulang kering bengkak akibat terjahan keras pihak lawan semasa permainan futsal persahabatan jam 9-10 malam tadi. Ibu jari kaki sebelah kanan juga bengkak dan tidak boleh dibengkokkan. Ku bimbang metatarsal bone retak. Itulah hadiah hari lahir ku. Suatu peringatan yang nyata dari Maha Kuasa. Silap ku juga, aku terlalu lincah dan bersemangat bermain futsal malam tadi.

Aku membuat rawatan awal dengan ais. Nampak susut sedikit bengkaknya. Kemudian ku sapukan Radian Massage Cream yang ku beli di Tanah Suci Mekah tahun lepas. Sakitnya semakin berkurang. Sungguh mujarab krim ini. Jika aku ke klinik akibat kecederaan sebegini, doktor biasa akan memberi krim yang hampir serupa. Kandungan utama kedua-dua krim ini ialah Methyl Salicylate. Tapi berbeda. Krim Malaysia agak panas.Krim Radian lebih sejuk mungkin kandungan Menthol B.P yang lebih tinggi.



Krim Radian ini selalu digunakan oleh jemaah Haji dan Umrah untuk disapukan kaki yang lenguh. Memang direka untuk melegakan lenguh kaki-kaki jemaah selepas tawaf, saei dan melontar.

Beberapa tahun lepas Marc Vivien Foe pemain bolasepak Cameroon dan Manchester City mati semasa bermain bola. Ketika itu beliau berusia 27 tahun. Beberapa bulan lepas seorang pemuda mati semasa beliau bermain futsal Cyberjaya. Beliau berusia 23 tahun. Bersenam atau bermian bola bukanlah suatu aktiviti yang berbahaya. Cuma mati itu datang dengan tiba-tiba. Kita tidak tahu bila ia akan terjadi. Tapi ia sesuatu yang pasti..

6 comments:

KAZA said...

Happy Belated Birthday... Semoga Panjang Umur Dimurahkan Rezeki. Semalam aku kat Kajang-Shah Alam.

MBA said...

Salam,

Cuba buat semula "my blog list" dengan menukar 'www.mba2u.blogspot.com' kepada 'http://mba2u.blogspot.com' supaya ia sentiasa di atas kerana sentiasa dikemaskini ;-)

Kini http://muhamadbinali.com juga sudah berwajah baru, tetapi masih dalam pembikinan.

Azemi Ali said...

Salam Ukhwah KAZA.

Terima kasih atas ucapan dan doa.Amin. Happy belated birthday to u to. 14 Mei 1973.

Ibu jari Kaki ku patah. Mungkin cuti 2 minggu. Petang ni jumpa pakar.

Azemi Ali said...

Salam kekanda MBA,

Link telah diubah.

cikgu mas said...

Salam en mie

Aduuh,dengar cerita pun dah rasa sakit,bukak komen,Ya Allah patah rupa yer,harap bersabar atas segala ketentuan tuhan..moga cepat sembuh,teringat jugak saya masa jatuh kt melaka baru ni,Alhamdulillah,tak jadi pape cuma kejang urat saje..harap bersabar cik mie,kasih sayang Allah kita tak boleh duga apa bentuk nya..

Azemi Ali said...

Salam cikgu.

Tu lah, hari tu gelakkan cikgu jatuh. Ni saya pula yang kena. Maaf ya.

Related Posts with Thumbnails