Wednesday, June 17, 2009

Orthopaedics Surgeon


Bakal doktor-doktor pakar. InsyaAllah.Amin.

Orthopedic surgery or orthopedics (also spelled orthopaedics) is the branch of surgery concerned with conditions involving the musculoskeletal system. Orthopedic surgeons use both surgical and non-surgical means to treat musculoskeletal trauma, sports injuries, degenerative diseases, infections, tumors, and congenital conditions. - Wikipedia.

Saya ada beberapa temujanji dengan doktor pakar orthopaedics. Temujanji pertama pada 15 Jun. Saya ke KPMC awal untuk berjumpa doktor tersebut. Ianya dibatalkan kerana doktor tersebut sakit Gout. Saya agak kecewa kerana tiada seoarng pun menelefon saya berkenaan pembatalan tersebut. Saya diberitahu,mereka telah menelefon saya tetapi nombor tidak dapat dihubungi. Saya akur mungkin salah saya. Mereka juga tidak meminta nombor telefon saya. Saya memberikan nombor telefon baru. Mereka membuat temujanji baru pada 17 Jun. Mereka juga memberi cadangan agar saya membuat rawatan di Hospital kajang.

Pada 16 Jun saya ke Hospital Kajang (HK). Setelah mengelilingi hospital berkenaan hampir satu pusingan dan menunggu beberapa lama akhirnya saya diberitahu agar membuat temujanji dengan doktor pakar. Saya diberi temujanji pada 30 Jun. Saya bertanya bagaimana dengan hari ini hingga 30 Jun itu? pandai-pandailah sendiri jawab jururawat bertugas. Begitu rupanya perkhidmatan mereka. Saya fikir saya bernasib baik kerana masih ada temujanji esoknya. Pada hari itu saya mendapat maklumat yang doktor pakar KPMC dan HK ialah orang yang sama.

Pada 17 Jun saya ke KPMC pula untuk hadir temujanji yang telah dibuat. Kali ini saya hampa lagi. Doktor juga manusia biasa. Doktor masih sakit. Tapi saya lebih hampa dan sakit kerana tiada sesiapa memberitahu saya berkenaan pembatalan itu. Mujurlah mojo saya ok. Saya tidak marah. Saya sabar. Mereka memberi saya satu lagi temujanji pada 18 Jun iaitu esok dengan doktor pakar yang lain.

Susah benar hendak berjumpa dengan orthopaedic ini. Adakah ianya species yang terancam? Saya harap ada doktor pakar bertugas esok. Kalau tidak lebih baik ianya dipanggil doktor dok paka langsung.

2 comments:

MBA said...

Doktor 'dok' paka HK & KPMC adalah org yg sama. Tentunya dia adalah staf kerajaan yg buat lokum di KPMC (dan mungkin banyak lagi hospital).

Jika kerajaan tidak beri lokum, dia letak jawatan dan kerajaan kehilangan pakar yg mana dah ratusan ribu RM kerajaan belanjakan. Apabila diberi lokum, beginilah jadinya.

Azemi Ali said...

Salam.

Bukan salah dia juga. Sebagai manusia biasa, doktor pun sakit. Tapi yang ralatnya kakitangan KPMC sendiri yang tidak menelefon beritahu temujanji dibatalkan. Khabarnya doktor pakar itu amat handal dalam bidangnya. Paling handal di Kajang dan kawasan sekitar berkenaan orthopaedics.

Related Posts with Thumbnails