Sunday, June 14, 2009

Selamat Hari Jadi

Alhamdulillah! hari ini aku masih dapat lagi menarik nafas. Dapat lagi menikmati hidup. Dapat lagi meneruskan kehidupan yang sementara ini. Tengahari tadi genaplah umurku 34 tahun. Aku meraikan hari ini dengan menghadiri kelas strategi penulisan anjuran PTS. Hidup perlu diteruskan dengan belajar. Setiap hari kita perlu belajar sesuatu. Hari ini banyak ilmu dunia penerbitan yang ku pelajari. Ini adalah bengkel penulisan yang ke empat yang ku hadiri.


Suasana selepas bengkel.

Impian ku adalah untuk menjadi penulis. Aku ingin berkongsi serba sedikit ilmu kewangan yang ku tahu. Aku teringat sebuah hadis yang bermaksus " Apabila matinya seseorang anak Adam, maka terputus semua amalannya kecuali tiga perkara, iaitu ilmu yang berguna yang diajar kepada orang lain, sedekah jariah dan doa anak yang soleh". Itulah yang ku mahu. InsyaAllah ketiga-tiganya. InsyaAllah dengan menulis aku dapat serba sedikit berkongsi ilmu dengan orang lain. Kini aku telah berkongsi serba sedikit di blog.


Bersama penulis-penulis hebat PTS. Wanita bertudung hitam ialah Puan Ainon Mohd, seorang pejuang bahasa dan juga penerbit yang amat berjaya. Aku banyak belajar daripada beliau.

Hari ini umurku 34 tahun. Aku tidak pasti samapi bila aku boleh hidup. Jadi aku perlu memantapkan strategi sperti hadis tadi sebagai menambah bekalan di akhirat kelak. semoga usahaku dipermudahkan oleh Allah Taala.

Hari ini aku berkenalan dengan En. Ong. Beliau adalah seorang motivator. Beliau hadir ke bengkel PTS untuk belajar menulis buku. Beliau akan menulis di dalam bidang motivasi. Aku begitu kagum dengan beliau. Kekurangan dirinya menjadi kelebihan kepada beliau. Kisah beliau mendorong diriku menjadi lebih baik.



En. Ong dan Eleganku.

Alhamdulillah!

8 comments:

afisazlie said...

salam che mie,

bak kata CM (kat blog dia)dah tahu apa maksud no 14.. hmm sy pun berpikiran yg sama mcm CM..

anyway, selamat menyambut ulang taun kelahiran.. semoga bertambahnya usia, bertambah juga segala jenis kebaikan, dikurangkan/dihapuskan segala kekurangan/keburukan.. Aminn

Azemi Ali said...

Salam Afisazlie.

Terima kasih atas ucapan dan doa tuan. Amin,

MBA said...

Laa....
Birthday hari ini?. Awat tak habaq awai?

Happy birthday.

Azemi Ali said...

Salam kekanda MBA

Terima kasih. Birthday pun sama dengan hari lain. Nothing special cuma usia semakin tua dan mati semakin dekat..

cikgu mas said...

salam cik mie

dah kul 1 saya tak boleh tido esok sekolah pulak..kertas exam budak tak siap lagi,cuti2 mesia punye hal.. so jadi burung hantu merayau kt kajang lak..

hepi bestday cik mie..doaku semoga..bertambah Hidayah tuhan,bertambah mantap kekuatan Iman..bertambah kualiti Amal ibadahnya..Insyaallah (sesuai dgn nama 3 little angel milik mu..

oopps..burung hantu ni nk tanya...tempat Mr Ong berdiri kt enrty tu bukan ker depan Giant Taman Permata kat Tmn Melawati???..so familiarlah macam tempat cikgu main pondok-pondok jer dulu..masa dok setapak

Azemi Ali said...

Salam Cikgu Mas Suria yang dihormati,

Terima kasih atas ucapan dan doa cikgu. Doamu sungguh teliti dan bermakna sekali. Merangkumi ketiga-tiga Power Puff Girls ku itu. Aku juga berdoa agar diberi Ehsan oleh yang Maha Kuasa.

Aku juga baru terbangun tidur. Tidak lena kerana kedua-dua keting kakiku bengkak terkena terjahan semasa bermain futsal sebentar tadi.

Tekaan mu mengenai gambar itu amat tepat sekali. Kau punyai daya pengamatan yang tinggi.

p/s - Suka benar dirimu bermain pondok-pondok. Tidak kelihatan pula pondokmu di sekitar situ..

cikgu mas said...

salam cik mie

wah powerpuff girls,riuh rendahlah umah tu..yer

biasa yer macam tu lah lepas kena kita tak rasa kesan sakit dah balik rumah,dah malam baru rasa denyut2..bengkak pun datang..kena pi doctor tu..

so kelas penulisan tu disitu yer..pondok ku dibelakang 7E tu..cari lah..bukan tinggi pengamatanku memang tempat yg sangat biasa saya pi tu..dulu,kat putrajaya ni n sekitar yer saya tak familiar lagi..

Azemi Ali said...

Salam cikgu.

Dengan power puff girls memang meriah. Mereka kan super heroes. Fire sana, fire sini.


Banyak betul pondok cikgu. Mana-mana tempat ada. Pondok mengaji pun ada kot?

Related Posts with Thumbnails