Saturday, June 13, 2009

Isteriku Pandai Menjahit


Aku sungguh bangga dan teruja kerana isteriku pandai menjahit. Biarlah satu dunia tahu yang isteriku pandai menjahit. 6 bulan yang lalu, ilmu menjahit beliau hampir sifar. Tapi setelah beberapa sesi belajar menjahit di Kolej Komuniti Kajang. Beliau telah berjaya menjahit sepasang seluar dan blouse. Aku terus mengira. Blouse sebegini harganya mau RM40 - RM60 paling murah. Jimat! Jimat! kos menjahit tak sebanyak itu. Lagipun ia lebih labuh dan menutup aurat sepenuhnya. Baju raya ini tahun , InsyaAllah bakal dijahit sendiri. Jimat lagi. Tapi nilainya lebih mahal dari yang dibeli. Itu sudah pasti.

Memang isteri ku pandai menjahit. pandai Memasak. Boleh ku Panggil The Chef Accountant atau The Fashion Designer Accountantlah. Pujilah isterimu, pujilah suamimu. Kerana pujian itu adalah dakwah.

Rasulullah pernah berdakwah dengan pujian. Semua orang tahu yang Khalid Al-Walid seorang pakar strategi peperangan. Kerana taktik beliau ramai pejuang Islam gugur di medan Uhud.
Nabi berdakwah dengan beliau dengan cara mengirim serban kepada Khalid melalui adik Khalid. Nabi berpesan supaya kepada adik supaya berkata yang Khalid adalah amat cerdik . Dan adalah lebih bijak jika Khalid masuk Islam. Khalid sungguh tertawan dengan dakwah Nabi. Kaum Quraish tidak pernah memuji Khalid, tapi Nabi memuji beliau.
Akhirnya Khalid mendapat hidayah dari Allah taala dan memeluk Islam. Beliau adalah seorang pakar strategi peperangan yang unggul.

Begitu juga ketika nabi berdakwah kepada Abu Sufian semasa umat Islam mengusai Mekah.

Pujilah dengan jujur dan ikhlas.

3 comments:

cikgu mas said...

salam cik mie

pujilah tiada salah yer,memuji..menurut kajian mengapa lelaki melayu tak romantis adalah kurangnya rasa ingin memuji dalam diri mereka,isteri akan rasa lebih dihargai dan menjadi motivasi untuk dia terus better n better n to be the best wife for u..BUT

cikgu compom sebelum cik mie jumpa ur wife cik mie dah ramal n tilik kat tapak tangan apa yang dia pandai buat..he,he,he

kejayaan pn sarah jadi motivasi pd saya..yg tak pandai menjahit langsung nii,komuniti college kt kajang tu tempat cheq main pondok-pondok jer..

afisazlie said...

salam che mie..

wife che mie belajar jahit baju melayu tak? leh sy tempah nak raya nanti.. untung2 dapat ler diskaun kot, hehehe..

Azemi Ali said...

Salam CM.

Sorry lambat reply, semalam saya ke Melaka, kg. CM.

Salam Sazlie.

Wife saya boleh jahit baju Melayu Teluk Belanga tapi esklusif untuk saya sahaja. Maaf ye..

Related Posts with Thumbnails