Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah Ramadhan 3 - Zikir

Antara zikir yang diutamakan pada bulan Ramadhan ialah :

1. Membaca Syahadah
2. Istighfar
3. Berdoa dimasukkan ke dalam Syurga
4. Berdoa agar dibebaskan dari api Neraka

Sumber - Tazkirah Terawih - 24.08.2009 - Ustaz Mohd Radzi Asror

6 comments:

Asnija said...

Salam Cik Mie,

Bagus tazkirah Ramadhan ni, benda-simple yang jika diamal menjadi zikir, tapi kita ni...common sense...but not a common practise...

Azemi Ali said...

Salam Puan Asnija,

Lebih baik perkara simple yang di amalkan (asas fardhu ain) dari perkara kompleks dan canggih yang tidak diamalkan langsung..

Selamat iftar.

Atikah said...

Salam cik mie...

Betu lu..zkir juga merupakan penawar kepenatan...

Just nak share...

Rasulullah s.a.w. mengajar puteri kesayangannya Saidatina Fatimah supaya berzikir untuk menghilangkan kepenatan.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w.. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Alhamdulillah, sejak dpt petua nie, saya amalkan juga... Saya naik motor ke tempat kerja mengambil masa 50 minit. Kalau dulu memang terasa sakit2 badan n terasa malas bila sampai rumah... alhamdulillah, sejak amalkan memang terasa hilang kepenatan... Bukan hanya di bulan puasa sahaja boleh diamalkan....

Azemi Ali said...

Salam Cik Atikah,

Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

Hati-hati naik motor.

Selamat berbuka.

maria oh maria said...

zikirullah sememangnya adalah kekuatan org beriman yg sebenarnya.
zikir bahasa arab.
bahasa melayu ingat.

zikirullah ialah mengingati Allah.
Allah tidak diketahui hakikat dzatNya.
Allah memberitahu sifat-sifatNya dengan nama-namaNya.

minda yg melatih dirinya mengingati Allah sentiasa akan mesra mengintai Allah sentiasa.

lafaz zikir ialah sebutanlidah beserta akal.
hakikat zikir berada dalam ingatan. ( hati )

Azemi Ali said...

Salam Puan Maria.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Terima kasih atas perkongsian puan.

Salam Maghfirah Ramadhan

Related Posts with Thumbnails