Monday, September 7, 2009

Komen

Berikut adalah salah satu komen yang ditulis di blog saya mengenai post yang bertajuk Direct Selling bertarikh 22 Jun 2009.



"Anonymous said...
Salam,

Tuan, bicaralah apa juga bersama dengan ILMU penuh di dada, kalau tuan setakat masuk 1 MLM atau 10 MLM kemudian memberi penerangan yang salah, apakah dengan memberi penerangan yang SALAH, kita akan dapat lebih PAHALA??? Atau lebih kepada membantutkan usaha umat ISLAM lebih berjaya dalam perniagaan, pikir2lah kesan pendapat yang saudara telah RACUNI umat Islam yang lain, akhirat yang akan saudara tanggung.

Ada MLM yang hanya memperuntukkan maksimum 12 jam sahaja seminggu, berkonsepkan perniagaan PENDIDIKAN, tiada yuran pendaftaran yang dikenakan dan mematuhi syarat Syariah.

Jika anda halusi saranan Ustaz Zaharuddin.net, bukan semua MLM sebegitu..begitu juga pendapat ulamak dari negara Arab kerana mereka masih jauh ketinggalan dalam konsep MLM ini.

Carilah..kerana belum tentu rezeki "makan gaji" anda HALAL sepenuhnya jika pada waktu officenya:
a)anda bergayut telefon berbicara soal bola dan bukan business related;
b) fikiran dan perbuatan anda; berborak dengan office mate yang BUKAN berkenaan dengan urusan kerja
c)masuk dan keluar office bukan pada masa yang tepat dan anda tidak menggantikan masa yang terBUANG itu
d)ada membaca komen ini pada masa pejabat..kerana ini bukan waktunya..

fikir2kanlah.."

Komen ini saya baca hanya beberapa hari lepas. Agak menghairankan kenapa Tuan Anonymous ini membuat kenyataan sedemikian. Saya hanya menulis mengenai pengalaman saya dalam direct selling.
Saya tidak perlu memberi komen yang panjang lebar. Saya hanya perlu berkata "Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa." Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada saya dan Tuan Anonymous.

Adakah tulisan saya di blog meracuni umat Islam?

7 comments:

Anonymous said...

Salam tuan

Sesungguhnya apa yang kita tulis tidak semestinya diterima oleh orang.
Ada seorang ustaz saya yang pernah bercerita mengenai kisah ustaznya.
Ustaz ini setiap kali memberi ceramah ada sahaja murid-muridnya yang bermain-main baling kertas ler, berbual, merokok dan seolah-olah buat tak tahu jer dengan ustaz tersebut.
Tapi ustaz ini tidak pernah putus asa dia tetap juga menyampaikan ceramahnya walaupun murid-muridnya seolah-olah tidak mendengar ceramahnya. Suatu hari ustaz ini bercerita mengenai rokok dan seperti biasa anak muridnya tidak memberi respon yang baik. Perkara ini berlaku lebih kurang dalam dua tahun. Ustaz ini rasa putus asa dan tidak mahu menyampaikan ceramah ditempat tersebut lagi memandangkan dia melihat anak muridnya tidak ada yang nampak berubah. Suatu hari ustaz ini menyampai ceramah ditempat lain. Lalu datang seorang anak muridnya dari tempat lamanya. Murid tersebut pun berkata "Ustaz terima kasih yea atas ceramah ustaz mengenai rokok. Saya dah tak merokok lagi apabila mendengar ceramah ustaz. Terima kasih banyak ustaz.". Terpegun ustaz itu sebentar rupanya dalam diam-diam ada juga orang yang mengambil iktibar daripada ceramah beliau. Ustaz tersebut pun bersemangat dan dia pun berkata dalam dirinya tidak kira ler berapa ramai orang mendengar ceramahnya dia akan tetap terus menyampaikan sesungguhnya sekiranya kita ikhlas kerana Allah maka Allah pasti memberikan kita kekuatan untuk melakukannya.

Kepada Encik Azemi keikhlasan itu yang lebih penting apa orang kata tidak penting yang penting mesej yang disampaikan sama ada mereka menerimanya ataupun tidak terpulang pada pandangan masing-masing. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada sebab musababnya. Insan tersebut menulis pun pasti ada sebabnya. Hanya apabila tiba masanya barulah tuan tahu kenapa ianya berlaku....
Jaga putus asa hanya untuk seorang insan. Anggaplah ianya belum lagi diberi petunjuk. Itulah kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. takala dia gagal memasuki kota taif.

Yang paling ikhlaskan diri kerana Allah..... Teruskan perjuangan ....... Ini kerana perjuangan anda baru sahaja bermula.........

CM said...

Salam en mie

untuk apa memikirkan pendapat sorang insan yg hanya pandai berkata2 tapi tak berani memperkenalkan diri,teruskan semuanya kerana Allah,ingat sejarah nabi,tak semua menyokong baginda,Keprihatinan en mie pada komen insan tak bernama saya pandang bagai memberi kemenangan pada dia.Jalan terbaik,jangan pedulikan dia...

Azemi Ali said...

Salam Tuan Anonymous.

Terima kasih atas catatan tuan. Saya menghargainya.

Terima kasih. Salam maghfirah Ramadhan.

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Terima kasih atas komen cikgu. Saya menghargainya.

Kata orang Putih " Love your enemy, they will love you".

Salam Maghfirah ramadhan.

Asnija said...

Salam Cik Mie,
Kalau sudah ada pengalaman dalam Diect Selling, memang tahu kesibukannya mengejar target..pendapat peribadi saya (mungkin pendapat orang lain berbeza), kesibukan itu bukan yang saya inginkan...pada peringkat awal berniaga tak mengapa, tapi kalau rutin yang berterusan, saya kena revise balik tujuan asal mencari duit lebih dalam DS...langsung tidak selari dengan apa yang menjadi keutamaan saya...so, saya memahami mengapa Cik Mie berhenti...

Cabaran orang berdakwah ni (saya melihat ruang blog juga satu medium santai untuk berdakwah), apa yang betul pun orang pertikai, apatah lagi yang tidak betul...

Saya dah baca catatan Cik Mie tentang DS tu, saya rasa itu catatan pengalaman peribadi yang baik untuk dijadikan panduan, pendapat setiap orang berbeza, bagi saya, berkongsilah perbezaan pendapat tu dengan ikhlas dan berdiplomasi, kita berkongsi pendapat bukan untuk menegakkan ebenaran pendapat kita, tapi berkongsi apa yang kita fikirkan...so, Anonymous perlu juga sensitif dengan perkara ini...

Azemi Ali said...

Salam Datin Asnija,

Orang yang ada pengalaman sahaja yang lebih memahami keadaan sebenar industri MLM ini. Masa adalah modal utama yang perlu dikorbankan untuk membina network MLM.

Terima kasih atas perkongsian pengalaman Datin.

Salam Maghfirah Ramadhan

nhafiza said...

Assalamualaikum semua...
mengenai MLM @ DS, saya setuju dgn tulisan en. azemie. saya pun pernah terjebak dgn MLM dan hanya 'hidup' utk 3,4 bulan shj. saya mula rasa penat dan jauh dari Allah bila siang mlm duk cari duit.it's not my line. saya juga terfikir bile downline buat kerja, tiba2 saya yg dpt bonus. serasa ada unsur2 syubhah.

mungkin saya berjaya diperdaya kerana saya masih muda dan kurang tanggungan pd masa tu.
harga barang DS mmg sgt mahal sedangkan kualitinya sama dgn barang pasaran biasa.

kepada en. azemie, teruskan menulis dan kongsilah pengetahuan bersama pembaca blog. supaya lebih ramai ummah di luar sana buka mata mengenai DS @ MLM. kepada sesiapa yang lebih tau, minta disenaraikan syarikat MLM mana yg betul2 bebas syubhah (utk pengetahuan bersama)..
Astaghfirullah..Wassalam..

Related Posts with Thumbnails