Saturday, November 14, 2009

Bagaimana saya berjanggut ?

Sudah beberapa ketika blog ini tidak dikemaskini. Ada beberapa idea dan maklumat yang ingin dikongsi tetapi keutamaan dan masa ditumpukan kepada perkara yang lebih penting. Ada yang lebih penting dari blogging.

Catatan dibawah adalah siaran ulangan bagi posting -posting terdahulu blog ini. Mungkin belum dibaca oleh kawan-kawan di Facebook.

Moga ada manfaat.

................................

"Mi, kau nampak lainlah.." ujar kawan saya..
"lain sikit saja" balas saya

"Wah, janggut makin panjanglah.." usik kawan yang lain
"Ada kelebihannya" jawab saya dengan ringkas

"Adik aku ni dah jadi macam orang dakwahlah" ucap kakak saya ketika bertemu di Kajang tempoh hari.
Saya cuma tersenyum.

Semua perbualan di atas adalah kerana saya baru berjanggut. Baru menyimpan janggut. Kurang lebih 3 bulan.

Bagaimana akhirnya saya berjanggut? Simpan janggut - satu Sunnah.

Pulang dari tanah suci Jun lepas, saya terlintas untuk mencukur misai yang agak tebal (lebih belasan tahun disimpan dan ditrim) dan menyimpan janggut. Lalu saya berbuat demikian.

Alhamdulillah, Allah telah temukan saya satu kelebihan menyimpan janggut. Saya mengidap "mild sinusitis" - belum resdung lagi. Setiap pagi biasanya terbersin beberapa kali dan hidung selalu tersumbat. Dan disebelah malam hidung merasa sesak, tersumbat dan lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk terasa agak sukar untuk bernafas dengan nyaman.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Setelah menyimpan janggut dan mencukur misai, masalah "sinusitis" saya telah hilang sama sekali. Kini tiada lagi bersin di sebelah pagi dan hidung tersumbat. Boleh bernafas dengan nyaman.

Mungkin itu salah satu dari banyak kebaikan berjanggut atau melakukan perkara sunat yang lain. Selain mendapat pahala ia juga satu rahmat kepada umat Islam.

Saya terbaca sepotong hadis yang disebutkan oleh Ibnu Umar R.A., Rasulullah S.A.W bersabda,
"Janganlah kalian menyamai orang-orang musyrik. Panjangkan janggut dan cukurlah misai." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saya yakin setiap apa yang diwajibkan, disunatkan, diharuskan mahupun diharamkan dalam Islam itu ada kelebihannya untuk umat Islam.

Sama-samalah kita mencari...  mencari keredhaanNya.

4 comments:

Umi Azuddin said...

Salaam ziarah.

Kebetulan saya menterjemah satu entri blog berkenaan misai semalam dan tertanya juga saya hikmah di sebalik saranan Rasulullah bagi kaum lelaki untuk menyimpan janggut.
Pengalaman tuan itu telah memberi sedikit pencerahan. Terima kasih.

VpeaceV

Azemi Ali said...

Salam ukhwah Puan Umiazuddin,

Ini hanyalah pengalaman saya sendiri. Dari pengalaman ini saya lebih yakin dengan sunnah menyimpan janggut. Ada juga rakan sepejabat yang menegur dengan berkata " Panjang janggut.., nanti apa orang kata"

Saya hanya menjawab " Ini Sunnah" dan saya pun cepat berlalu pergi tanpa perlu saya terangkan kepada beliau.

Beberapa minggu kemudiannya orang itu juga berjanggut. Alhamdulillah.

Moga ada manfaat.

Unknown said...

Syabas dan semoga kekal dalam sunnah Nabi SAW!

Yakin lah setiap saat dalam hidup tuan akan diberikan pahala selama mana janggut itu kekal

Azemi Ali said...

Salam Tuan Hidayatul Ikram,

Saya admire orang-orang berjanggut seperti tuan. Tuan sudah bekerja di banyak negara dan istiqamah mengamalkan sunnah Nabi SAW ini. Tuan seorang yang hebat.

Related Posts with Thumbnails