Monday, August 25, 2008

Rindu

Sesekali datang perasaan rindu.

Malam semalam ia datang lagi semasa menonton rancangan Jemputan Umrah di Astro Oasis saluran 106.

Ku merindui Madinah, Ku merindui Mekah. Aku ingin kembali ke sana sebagai tetamu Allah. Ya Allah jemputlah aku lagi ke sana sebagai tetamu Mu.

Baru kini kutahu rasa rindu ini. Bagaikan merindu seorang kekasih yang sudah lama tak ditemui. Bahkan lebih lagi.....

2 comments:

zz said...

TQ Azemi.....

Unknown said...

Salam. Saya baru sahaja beberapa hari pulang dari menunaikan fardu haji 1431H. Pergi diusia yang muda, belum pun mencecah 35 tahun.

Sbelum ini saya telah bebarapa kali mendapat lambaian dan seruan ketanah suci namun atas beberapa sebab saya terpaksa menolak dan tangguhkan pemergian tersebut.

Namun kali ini hati saya benar-benar tenang untuk menjadi tetamu agung Illahi. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman manis yang saya lalui hingga saya rasa tak mahu balik ke Malaysia.

Ya Allah..... Aku rindu..untuk kembali menjadi tetamuMu.Aku rindu untuk beriktikaf dan bersolat di Masjidilharam. Aku rindu untuk tawaf,solat dimakam ibrahim, mencium hajarul aswad dan berdoa di mustazam.

Ya Allah... Rindunya hati ini pada hari wukuf.Rindunya menatap langit malam di Mudzalifah dan suasana di Mina.

Ya Allah...Betapa hati ini terlalu rindu untuk kembali kemasjid kekasihMu....beriktikaf,bersolat dan berdoa terutamanya di Raudah.

Ya Allah...jangan kau padamkan kerinduanku padaMu juga kekasihmu dari hatiku. Jangan jadikan kunjunganku itu yang terakhir.Ya Allah....sampaikan hajatku untuk kembali ke Baitullah setiap tahun... Amin, Amin, Amin ya rabbal alamin.

Related Posts with Thumbnails