Sunday, August 31, 2008

Salam Kemerdekaan, Salam Ramadhan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Hari ini kita menyambut kemerdekaan negara yang ke 51. Kita amat berterima kasih kepada pejuang-pejuang bangsa yang terdahulu yang berkorban untuk memerdekakan Tanah Melayu. Al fatihah kita hadiahkan kepada pejuang kemerdekaan yang muslim. Semoga kita dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

InsyaAllah esok kita akan menyambut bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan Syaitan akan dibelenggu. Gunakan bulan ini untuk berjuang melawan hawa nafsu. Gunakan bulan ini untuk membina kekuatan dalaman muslim yang sebenarnya. Gunakan bulan ini untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Gunakan kesempatan di bulan ini dengan sebaik mungkin.

Merdeka! Bebaskan kita dari bisikan dan godaan Syaitan.
Merdeka! Bebaskan diri kita dari sifat malas dan keji.
Merdeka! Bebaskan diri kita kejahilan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Semoga kita mendapat pengampunan dan rahmat dari Nya. Semoga kita bertemu Lailatul Qadar. Amin.

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah yang lain di bulan yang mulia ini.

4 comments:

zz said...

Perkataan yang cantik ialah ALLAH, lagu yang merdu ialah AZAN, ensklopedia yang bagus ialah AL-QURAN, Senaman yang baik ialah SOLAT, diet yang sempurna ialah PUASA, mandi yang segar ialah WUDHUK, perjalanan yang indah ialah HAJI.


SALAM RAMADHAN dan selamat menjalankan ibadah puasa pada semua umat islam seluruh dunia.

Ridzwan Bakar said...

Sdr Azemi assalamualaikum,
Moga Ramadhan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Doa saya moga tuan dan keluarga diberi kekuatan untuk menambahkan amal dan kebajikan di bulan yang penuh dengan barakah ini. Juga doa saya moga tuan dan isteri diizinkan Allah untuk menunaikan Haji pada usia muda.

Azemi Ali said...

Salam ramadhan buat ZZ.

Semoga Ramadhan tahun ini membimbing kita ke arah takwa. Amin

Azemi Ali said...

Salam Saudara Ridzwan,

Terima kasih atas doa saudara.

Tahniah atas terbitnya buku saudara.

Salam Ukhwah.

Related Posts with Thumbnails