Tuesday, February 17, 2009

Dua Bulan Tidak Menulis Di Blog Ini

Sudah dua bulan tidak menulis di sini. Dalam tempoh itu banyak kejadian dan peristiwa berlaku. Antaranya tahun baru Hijrah, tahun baru Masihi, tahun baru cina, peristiwa GAZA, dan lain-lain.
Sebenarnya saya agak sibuk pada akhir tahun lepas dengan penutupan akaun. Rutin biasa setiap tahun. Selepas itu ada pula audit interim, kemudian berasap kepala pula dengan audit findings. Sekarang asapnya belum hilang lagi.He he.. Di samping itu saya agak kurang ada mood untuk menulis...
Sebenarnya sebelum saya bercuti menulis itu ada beberapa kali saya cuba posting satu catatan bertajuk " Bertemu Wali Allah" tetapi posting itu hilang tiba-tiba beberapa kali. Ia membuatkan saya berfikir, mungkin saya tidak boleh berkongsi kisah-kisah tertentu di sini. Seseorang pernah berpesan kepada saya agar tidak berkongsi semua perkara yang kita alami dengan orang lain. Kata beliau ada sesetengah perkara itu untuk kita sahaja dan tidak boleh diberitahu dengan orang lain. Entahlah..
Harap boleh menulis semula di sini dengan lebih kerap lagi.
Selamat kembali kepada diri sendiri.

4 comments:

benludin said...

salam tuan,
welkam back
tulis la...jarang2 pun takper...
janji menulis dan berkongsi cerita
:)

Azemi Ali said...

Salam Tuan Benludin,
Terima kasih kerana selalu datang sini. Saya pun selalu gak gi blog tuan. :)

Shamsuddin Kadir said...

Assalamualaikum Tuan Azemi,

Semoga sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Runsing juga tengok sahabat baik, sudah lama tidak menulis. Semalam saya singgah di blok 9 hantar proposal baru.

Terfikir dan singgah ke pejabat Tuan tetapi terpaksa beredar cepat kerana ada dua lagi temujanji yang perlu dihadiri.

Pagi ini buka lagi halaman ini buat kali ke berapa... jika tiada entri terbaru, saya terfikir bagi menghubungi Tuan kerana almaklum tiba-tiba 'senyap'.

Saya sudah memikirkan tajuk sementara dan bahan bagi buku bersama yang saya janji itu.

"Urus Wang Untuk Pasangan Berkerjaya"

Insyaa-Allah buku itu buku pertama yang saya berhajat untuk menjemput Tuan sebagai co-Author saya.

Nanti emelkan kepada saya di info@shamsuddinkadir.com /shamsuddinkadir@yahoo.com, emel personal Tuan.

Insyaa-Allah sekembali saya dari Sabah saya akan mula mengaturkan perbincangan dengan Tuan jika Tuan berminat dan ada kelapangan.

Maaf website saya down untuk dua hari, kerana hostingnya ada masalah.

Shamsuddin Kadir

Nurjannah Saifullah said...

Assalaamu'alaykum. Blog yang bagus. lain dari yg lain. apepun, sgala puji kembali kpd Allaah jua.

Teruskan penulisan lidda'wah ilaLlaah.

Jemput dtg http://al-syahidah.blogspot.com/

Min ana alfaqiroh waddhoi'fah ila Rabbihi

Related Posts with Thumbnails