Monday, March 9, 2009

Basikal Untuk Haji

Pagi semalam saya berbasikal. Dari rumah rakyat Kg. Paya, Port Dickson mengelilingi Sek. Teknik PD hingga ke Alam Megah Futsal ke Dataran Segar dan mengelilinginya. Di hadapan saya sepasang suami isteri cina tua berambut perang dan berbaju biru laut juga turut berbasikal. Uniknya mereka berbasikal untuk menjaga tahap kesihatan dan juga mengutip tin-tin kosong untuk dijual (kitar semula). Setelah mengikut pasangan ini lebih kurang 3km saya kemudian berpatah balik ke Sek Teknik PD dan Kg. Paya. Kemudian menyusuri laluan kecil di hadapan surau Kg. Paya ke arah Masjid Kg. Paya dan seterusnya menyusuri anak sungai , ke arah rumah-rumah banglo , berbasikal mengelilingi kampung, melalui projek ternakan kambing yang tiada kambingnya, melalui ladang getah dan rumah-rumah kampung. Semasa hendak kembali ke rumah rakyat kg. Paya saya bertembung kembali dengan pasangan cina tadi yang pulang dengan seguni penuh tin-tin kosong. Perjalanan berbasikal pagi ini jaraknya kurang-kurang pun 8km lebih.

Hari ini saya ke kedai basikal di Kajang untuk membeli basikal baru untuk Iman. Hasilnya saya juga beli basikal untuk isteri dan juga diri-sendiri. Sekarang kami sekeluarga boleh berbasikal bersama di hujung minggu sebagai aktiviti keluarga. Berbasikal baik untuk membina stamina dan menjaga tahap kesihatan.

Pesan ustaz Meor, mutawif di Mekah. " Untuk menunaikan haji selain mengikuti kursus haji, bakal jemaah juga perlu bersenam seperti berjogging dan senaman lain". Pesanan itu masih dingati hingga kini. InsyaAllah kami sekeluarga akan mula mengikuti kursus haji pada 15 Mac 2009 ini di Masjid Jamek Kajang yang dibimbing oleh Ustaz Solehin dari Tabung Haji sebagai persiapan mengerjakan haji.

Persiapan stamina, kursus, analisa dan memperbaiki ibadah terutamanya solat dan persiapan kewangan adalah antara intipati utama dalam persiapan haji.

Semasa saya berhajat untuk menunaikan haji pada tahun lepas wang dalam simpanan di TH hanyalah RM400.00. "Macam mana nak pergi haji?, nak daftar haji pun tak cukup kerana perlukan minima RM1,300.00 dalam akaun TH" tanya saya pada diri sendiri mengenangkan duit yang terlalu sedikit pada pertengahan 2008 tu. Tiga bulan kemudian, kami berjaya mengumpulkan lebih RM2,600.00 untuk mendaftar haji bagi dua orang. Kami diberikan tahun giliran haji pada tahun 2022. "Lamanya.. 14 tahun lagi" saya mengira jumlah tahun. Masa tu dah umur 47 tahun, agak tua juga. Kami berazam untuk pergi haji lebih awal pada usia 30-an. Untuk mendapat tarbiah haji untuk kami jadikan panduan menghadapi hari-hari mendatang. Kawan kami yang baru sebulan mendaftar haji diberikan tahun giliran 2024. Sungguh ramai rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menunaikan haji. Walaupun hanya pendaftaran haji kami cuma berbeza beberapa bulan, giliran haji sudah melangkau dua tahun.

Tiga bulan selepas daftar haji, isteri saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. "Macam mana kau nak pergi haji cepat, kau sorang saja yang bekerja, mana cukup.." seorang kenalan berkata sinis. Saya hanya berdiam diri, kalau ikutkan pengiraan, memang ada benarnya kata-kata tersebut.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa. DIA mampu melakukan apa yang dikehendakkiNya. Alhamdulillah lebih kurang enam bulan selepas daftar haji, persiapan kewangan sudah cukup untuk kami berdua. Itu pun harga muassasah tahun lepas. " Kalau harga haji naik, mungkin kami tak cukup wang lagi" ucap isteri saya kepada kenalannya. " "InsyaAllah, Allah akan cukupkan keperluan kau tu" kata kenalan itu yang juga memberi motivasi kepada kami.

"Cik Mi, ada duit jatuh dari langit ke?", tanya seorang pegawai seliaan saya kehairanan ketika saya bercerita mengenai perkara tersebut. " Tak ada pula, jawab saya sambil tersenyum. Ini adalah serba sedikit DUIT. Doa - saya berdoa supaya persiapan haji kami dipermudahkan Allah s.w.t. Usaha -Serba sedikit ilmu kewangan dipraktikkan. Saya membuat potongan gaji ke dalam TH, perancangan Takaful, simpanan-simpanan kecil, bonus, tambahkan potongan zakat, dan serba sedikit perancangan kewangan lain. Istiqamah - kami melakukan usaha ini dengan konsisten dan teratur. Tawakkal - Kami berdoa, berusaha dan istiqamah dengan doa dan usaha namun kami bertawakkal kepadaNya.

"Ya Allah permudahkan persiapan kami ini, Amin".

3 comments:

ridzwan bakar said...

Salam,
Bila kita yakin dengan Allah, Allah akan tunjukkan jalan. Teruskan dengan DUIT kerana disebalik DUIT ada petunjuk. Jangan lupa untuk bersedeqah setiap hari, sholat dhuha dan senyum kerana hati yang tenang menjemput kehadiran rezeki.

Saya doakan sdr dan isteri dapat menunaikan Haji pada usia 30an.

dr ridzwan

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Maybe you can share with us what are the obstacles (dugaan) that you face once you register to go for hajj.. ie. like what ur friend said; once ur wife berhenti kerja, how to have fast saving.. anak nak masuk sekolah, needs money.. etc..etc.. and how do you overcome these situation..

Azemi Ali said...

Salam

Dr. Ridzwan,

Terima kasih atas nasihat. Saya juga menelaah balik buku HAJI MUDA. Banyak tips berguna daripada buku itu. Terima kasih kerana menulis buku tersebut.

Mr. Anonymous,

InsyaAllah saya akan menulis berkenaan perkara yang tuan ingin tahu hujung minggu ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Related Posts with Thumbnails