Sunday, March 29, 2009

MBA




MBA ialah singkatan Muhamad bin Ali. Muhamad Ali peninju terkenal tu ke? bukan, bukan yang itu. Nama saya pula Mohd Azemi bin Ali, jadi MABA jika gunakan akronim yang sama. Adakah mereka bersaudara? Jawapannya ya. MBA dan Azemi Ali adalah adik beradik.
MBA ialah seorang penulis separuh masa. Buku pertama beliau ialah Kerjaya Dalam Bidang ICT dan buku kedua bakal terbit 01 April 2009 berjudul Buat Duit Dengan Foto.
Sementara tiga lagi buku menunggu masa yang sesuai untuk diterbitkan. Sungguh prolifik menghasilkan banyak buku dalam masa yang singkat.
Syabas! Abang atas terbitnya buku kedua ini. Cerita lanjut mengenai MBA di www.mba2u.blogspot.com
P/S : Sarah cakap dia nak buku free siap dengan autograf. Nak cari idea untuk buat duit tambahan katanya.

2 comments:

MBA said...

terima kasih atas entri.

Buku percuma siap dengan tt?. INSYAALLAH boleh. Datanglah ke rumah (tapi buku belum ada lagi kera belum ada kesempatan utk ke stor PTS).

Azemi Ali said...

Salam.

Bagus kenal dengan ramai penulis ni, semalam dapat novel drpd Mimie Afinie / Nanie Safwan, hari tu dapat buku drpd Shamsuddin Kadir. Ni nak dapat buku lagi. Cuma buku sendiri tak siap-siap lagi...

Related Posts with Thumbnails