Tuesday, July 28, 2009

Tom Tom Bak


Entry khas untuk Atikah dan peminat kucing yang lain. Tom dah sihat. Dia suka makan friskies. Licin bekas makanannya.

Lepas makan kena buat senaman. Kalau tak nanti perut buncit. Tom tengah buat sit up. 8, 8 lagi. Lapan kali sit up cukuplah..

Lepas makan dan senaman, masa untuk berehat. Tidur atas comforter tu. Mata Tom pun dah layu. Tom beradu dulu.

Lepas bangun tidur, kena buat regangan sikit. Buat regangan kaki. Kaki Tom yang sakit sudah sembuh berkat doa kawan-kawan. Tom juga suka buat senaman.

Lepas stretching masa untuk berposing. Ini posing maut untuk cik Atikah dan peminat Tom yang lain. Tom dah sihat. Alhamdulillah.

8 comments:

CM said...

salam en mie

apa khabar???dah sihat harapnya,,tertunngu2 entry dari en mie yg tajam pandanganya dan bernas ideanya,,,

Tom nampak sihat dan ceria...bersih bulu Tom..tom tu girl ker boy.??.cek tom..ke mat tom??

Che' Pit said...

comel si Tom Tom Bak..

alhamdulillah dah sihat dah..

Atikah said...

Salam en mie...

Alhamdulillah...tom dah baik...
Comelnya tom... gerammmm... teringat si belang kat kg... tp tom lagi comel dari belang.....

En mie, ade satu forum ni diorg ckp sbnrnya whiskas n frieskies ni kurang elok utk kucing.. tak tau la.. diorg rekemen ... Lea.

Engku Artini said...

salam cik mie

dah lama tak buka blog cik mie.. tiba2 nampak gambar si tom yg comel ni. alhamdulillah dh sihat dia.. berbaloi usaha cik mie selama ni

Azemi Ali said...

Salam Cikgu mas, Che Pit, Cik Atikah dan Engku Artini,

Tom ini baru melahirkan anak lebih kurang 3 bulan lepas. Maknanya dia female lah..hehe. Saya tak pernha tengok anaknya. Dia letak di rumah orang lain. Anak-anak saya pernah tengok.

Actually makanan Tom ni bukan brand friskies lah tapi yang jenis macam tu lah. Brand murah sahaja. Sekarang ni tengah Famous Royal Canine kota kalau tak salah saya. Tapi harganya RM70++ untuk sekilo. tak mampu pulak saya. Ada benda lebih afdhal dibeli dengan duit sebanyak itu.

Semasa sakit, Tom tak makan 3 hari tiga malam. Dalam tempoh tu kena suap makan packed sardin untuk kucing. Tu pun dia makan sedikit sahaja.

Bila dah berubat dengan anak murid Dr. Haron Din. Bagi minum air doa dan mandi dia ada selera balik. Mungkin dia tahu itu air ubat sebab tu dia pun minum banyak air tu.

Tom sekarang dah boleh lompat masuk dan keluar longkang. Cuma belum boleh berlari laju sahaja.Boleh kata 90-95% dah pulih. Alhamdulillah.

Che' Pit said...

salam che mie dan atikah,

haah, sy pun pernah baca artikel mengenai tu.. friskies dgn whiskas tu org kata tak baik utk kucing..

tapi kalau rm70. betul kata che mie.. tak berbaloi n byk lagi benda afdal leh buat dgn duit sebanyak tu..

Unknown said...

Assalamualaikum wbt.,

Tuan Azemi,

Saya tertarik dengan entri tuan berkenaan Tom.

Bagaimana dengan anak-anak Tom? Kasihan anak2 itu terspisah dengan ibunya. Tuan tak pelihara anak2nya sekali?

Azemi Ali said...

Salam Ramadhan Puan Zaharahanum,

Saya ingin memelihara anak Tom tetapi tidak diberi oleh anak jiran saya yang memeliharanya. Tom bebas berjumpa anaknya beberapa kali sehari kerana jarak rumah jiran saya itu selang hanya beberapa rumah sahaja.

Terima kasih kerana singgah di blog saya.

Related Posts with Thumbnails