Sunday, August 16, 2009

H1N1


Kebelakangan ini seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan satu wabak yang dahsyat. Wabak yang dimaksudkan ialah selesema babi atau juga dikenali sebagai Influenza A(H1N1). Selesema babi merebak dengan cepat, boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat dan pada masa ini belum ada vaksin dihasilkan untuk merawat penyakit ini. Semasa artikel ini ditulis sudah ada lebih 60 kematian di Malaysia. Diseluruh dunia ribuan manusia telah menjadi korban wabak ini. Saya juga baru menerima berita yang salah seorang yang saya kenali sedang dirawat di ICU kerana wabak maut ini. Golongan yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak, perempuan mengandung, pesakit kronik dan mereka yang mempunyai daya tahan melawan penyakit yang rendah.
Pada tahun 2004, seluruh dunia juga dikejutkan dengan wabak influenza. Pada masa itu ia dikenali sebagai selesema burung atau Influenza A(H5N1).Mengikut sejarah, pada tahun 1918 telah berlaku kurang lebih 20 juta kematian di seluruh dunia kerana jangkitan influenza. Semua ini adalah kerana wabak selesema ini berpunca dari babi. Fakta ini dinyatakan di dalam buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin.
Bila kita membuaang air, maka segala kotoran akan keluar dari badan kita. Alhamdulillah itulah nikmat yang Allah kurniakan kepada sebaik-baik makhluk. Babi pula bila ia membuang air, hanya 2 peratus kotoran iaitu asid uric keluar dari badannya, 98 peratus lagi kotoran tinggal dalam badan babi. Oleh itu haiwan ini sangat-sangat kotor. Ia menjadi perumah babi pelbagai penyakit.
Orang ramai amat takut jika dijangkiti oleh penyakit ini. Ini adalah kerana ia boleh membawa maut dalam masa yang singkat.
Mengikut kajian, manusia boleh mati jika tidak makan selama 7 hari. Manusia juga boleh mati jika tidak minum selama 3 hari. Tetapi yang paling cepat ialah manusia boleh mati jika tidak mendapat bekalan oksigen selama 3 minit. Begitula dekatnya kematian dengan manusia.
Saya pernah mendengar seorang ustaz menyatakan malaikat maut mengunjungi setiap insan sebanyak 30 kali setiap hari. Jadi secara puratanya malaikat maut mengunjugi kita setiap 48 minit. Bayangkan malaikat maut megunjungi kita sebanyak 30 kali sehari. Mungkin sebelumnya malaikat maut mengunjungi kita dan belum mengambil nyawa. Namun apabla sampai masa yang ditetapkan, maka malaikat maut itu akan menjalankan tugasnya iaitu mengambil nyawa kita. Begitu dekatnya kita dengan kematian.
Allah menurunkan penyakit ini sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia.
Allah berfirman dalam Surah Al-An’am, ayat 42 “ …maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada kami) dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat)”.
Sama-samalah kita berdoa agar dihindarkan dari wabak ini.
Antara usaha yang boleh dibuat ialah dengan membaca Al-Quran. Mengikut kajian, jika seorang Islam membaca Al-Quran dengan tartil, sel darah merahnya akan menjadi kuat dan dapat membunuh virus-virus yang menyerang.

10 comments:

Helmi said...

Perenggan permulaan tu macam pernah kulihat..tapi di mana ya..haha..
dah mula amalkan apa yang dipelajari..bagus bro..

Azemi Ali said...

Salam Helmi

Terima kasih kerana datang melawat blog yang tak seberapa ini.

Che' Pit said...

hmm che mie,
semoga kita semua terselamat dari ancaman virus maut ni.. sama2 lah berdoa..

Azemi Ali said...

Salam Che Pit,

Semoha kita terselamat dari bala bencana ini.

abahfateh said...

Sama-sama kita berdoa dijauhkan daripada bencana ini. Amin

Azemi Ali said...

Salam Abahfateh,

Sama-samalah kita berdoa.Lama tak dengar berita tuan.

Y.O.R.I.E said...

salam..

sy t'tnye2,,
H1NI ni kire bala dari Allah kan..?
or wld b nice if sy kate,, peringatan jgak lah...

smoga mknusie2 kat lua sane lbih b'ingat2...
and same2 sujud pd Illahi,,smoga ngra kte bebas wabak bhya ni...

Azemi Ali said...

Salam

Terima kasih YORIE.

Anonymous said...

askm,
mungkinkah virus2 ni juga adalah
syaitan2 yg mengalir di dlm darah
yg membuat pelbgi kerosakan?

Azemi Ali said...

Salam Tuan Anonymous.

Jika virus virus ini adalah syaitan yang mengalir dalam saluran darah anak Adam, maka berpuasalah. Puasa itu menyempitkan saluran darah dan menghalang syaitan dari menghasut manusia.

Juga bacalah Al-Quran kerana Al- Quran itu Syifa' (ubat). Bacaan Al Quran menguatkan sel darah merah untuk melawan virus.

Related Posts with Thumbnails