Wednesday, March 18, 2009

Kursus Haji

Ahad lepas kami sekeluarga mula kursus haji di Masjid Jamek Kajang. Ramai betul yang hadir sampai penuh dewan solat utama dan dewan solat muslimah dan melimpah ke luar. Mungkin bilangannya lebih 600 orang. Begitu ramai yang ingin menunaikan haji. Antara mereka mungkin sudah menerima surat panggilan haji, ada yang standby dan mungkin ada juga yang seperti kami yang dalam proses rayuan.

Bayaran untuk kursus haji ialah RM60.00 seorang untuk 17 siri / minggu. Maka kos seminggu ialah RM3.50. Itu pun termasuk minum pagi. Buku panduan pula dijual dengan harga RM20.00 senaskah. Kami rasa senaskah buku sudah memadai kerana di rumah sudah ada beberapa buku panduan haji. Kursus di masjid ini bermula 15 Mac dan akan berakhir 5 Julai. Setiap ahad jam 9.30 - 11.30 pagi bagi 17 minggu tanpa henti.Saya ke Yan, Kedah pada 16 Mac dan solat di surau kaki gunung jerai dan terpampang banner kursus haji bermula 06 Mac - 31 Julai. Mungkin kursus haji di situ lebih 20 minggu.

Rata-rata peserta kursus di masjid jamek ialah golongan 50 tahun ke atas. Golongan muda hanya sekitar 10% sahaja. Mungkin kesedaran untuk menunaikan haji di kalangan muda belum tinggi. Mungkin juga persediaan kewangan mereka belum cukup.

InsyaAllah kami akan istiqamah untuk menimba ilmu haji ini sebagai persediaan awal rukun Islam ke 5 ini.

5 comments:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah semuga niat baik saudara dimakbulkan Allah secepat mungkin.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah semuga niat baik saudara dimakbulkan Allah secepat mungkin.

Anonymous said...

Saya pun rasa terkilan kerana lewat mendaftar. Sepupu saya muda setahun dari saya telah selamat mengerjakan haji pada tahun lepas.

Azemi Ali said...

Tuan Anonymous,

Saya macam kenal saudara. Tahniah kerana telah mendaftar. Mungkin ini tuan Ipin dan Upin.

Sala Ukhwah.

Anonymous said...

Memang bijak Tuan Azemi kita meneka siapakah gerangannye anonymous ni.

Related Posts with Thumbnails