Monday, August 3, 2009

Warren Buffett



Warrren Buffett ialah manusia terkaya di dunia. Beliau adalah seorang pelabur yang paling berjaya. Beliau tidak mewarisi kekayaan tetapi memperolehinya dengan pelaburan.
Ada beberapa fakta menarik tentang Warren. Beliau masih tinggal di rumah pertamanya yang dibeli pada tahun 1960-an dan rumah tersebut hanya mempunyai 3 bilik. Gajinya hanya uSD100,000.00 setahun atau USD8,333 sebulan. Gaji yang diperolehi oleh beliau ialah gaji eksekutif yang paling rendah dalam syarikat Forbes 200. Beliau memandu kereta terpakai ke tempat kerja. Beliau juga memakai baju hingga lusuh.
Ketika usianya 6 tahun beliau tinggal dengan datuknya. Datuknya mempunyai sebuah kedai runcit. Warren membeli dari datuknya Coca-Cola 6 tin satu pek dari kedai datuknya dengan harga 25 sen. Kemudian beliau menjual setiap tin kepada kawan-kawannya dengan harga 5 sen. Beliau membuat untung pertama sebanyak 5 sen.
Dalam satu permainan golf, kawan-kawan Warren membuat pertaruhan. Mereka akan memberi USD20,000 duit mereka jika Warren berjaya melakukan hole in one. Manakala jika Warren gagal, mereka akan dapat USD10 beliau. Warren tidak mengendahkan pertaruhan itu kerana golf bukanlah bidang kepakaran beliau dan lebih suka menyimpan USD10 itu dari USD20,000.00 yang tidak pasti.
Ibu bapanya mengasuh beliau dengan berkata “ Jika awak tidak ada sesuatu yang baik untuk diperkatakan mengenai seseorang, lebih baik awak diam”. Warren mempercayai kata-kata tersebut dan mengamalkannya dalam hidup beliau.
Jika manusia yang terkaya di dunia hanya hidup dengan sederhana mungkin kita juga perlu lebih sederhana dalam kehidupan kita. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada Warren Buffet.

6 comments:

Isar said...

Salam,
Bagus jugak info nie, tengoklah andai kata saya ada info yg bagus boleh saya forward kat awak dan share untuk semua pengunjung blog awak.
Wassalam

Asnija said...

Salam,
Semua yang berlebih-lebihan memang boleh membahayakan...

Azemi Ali said...

Salam

Terima kasih ISAR.

Terima kasih Kak As.

Y.O.R.I.E said...

Assalamualaikum..
hmm,,en mie sy rase btul jugak,, ble kte xde bnda yg btul nk ckap tntang sseorg lbih baik kte diam...if x,, bwat dosa or bleyh kcik kn ati org kan...

btw,, blog bru sy bru je pblish.. yg lame (yg en mie folo 2 ;p) dh ttup.. ader mslh tknikal...

ok lah,,truskan usaha en mie untk tulis post yg bnyk bg manfaat pd sy sndri n rmai lg kt lua sane insya Allah.tq

YBredha said...

Salam ceria sihat kaya bahagia,

Kebajikan yang terbaik ialah membantu orang lain hingga mereka boleh membuat kebajikan juga.....

Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

Azemi Ali said...

Salam

Terima kasih YORIE dan YBredha.

Related Posts with Thumbnails