Monday, October 19, 2009

Panggilan Haji




Panggilan Haji telah tiba lagi. Jemaah Malaysia akan mula berangkat menunaikan haji  mulai esok, 20 Okt 2009. Kebiasaannya rakyat Malaysia menunaikan haji pada usia yang lanjut. Salah satu faktor mengapa ianya menjadi demikian ialah faktor kewangan. Jika orang miskin menunaikan haji pada usia tua ia adalah lumrah kemudian. Namun orang kaya juga lambat menunaikan haji. Ia sesuatu yang membimbangkan.

Kenapa mahu pergi menunaikan haji pada usia muda? Haji adalah tarbiah. Haji adalah pendidikan daripada Allah SWT. Muslim yang mendapat tarbiah haji akan menggunakan didikan itu agar dapat digunakan sepanjang hidupnya. Itulah falsafah haji.

Saya ingin menunaikan haji pada usia muda. Saya membuat pendaftaran haji pada tahun 2008. Tahun giliran ialah 2022. Jika menunaikan haji pada masa itu, tidak muda lagi.  Saya dan isteri membuat rayuan namun agak sukar mendapat tempat kerana tiada merit. Keutamaan diberikan kepada warga emas iaiatu golongan 70 tahun ke atas. Sepasang suami isteri kawan sebaya kami mendapat jemputan daripada Allah SWT untuk haji tahun ini. Mereka membuat pendaftaran pada tahun 1999.

Sebelum ini, saya tidak langsung menghiraukan mengenai haji. Hidayah untuk menunaikan haji hanya dirasakan setelah pulang dari mengerjakan umrah pada Mei 2008. Sebelum itu niat untuk mengerjakan umrah juga tiada. Jika begitu bagaimana kami ke sana?

Ianya bermula apabaila isteri saya meminta saya menolongnya memasarkan kad kredit bank Islam. Pada ketika itu beliau bertugas di sebuah bank. Ianya satu program promosi. Sepuluh pegawai bank yang memasarkan kredit kad terbanyak dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya satu kad Platinum akan memenangi pakej umrah. Setiap kelulusan kad juga diberikan ganjaran mengikut kategori sama ada kad klasik, emas atau platinum.

Berbekalkan pengalaman pemasaran dalam MLM saya memulakan kempen pemasaran secara tersusun. Isteri saya juga berbuat demikian. Kami dapat memasarkan banyak kad.

Setelah beberapa bulan, isteri sya memberitahu yang beliau memenangi pakej umrah bernilai RM8,000.00. Reaksi pertama saya ialah " Kita jual sahajalah pakej umrah ini, jka dapat RM4,000 pun banyak juga" saya memberi cadangan kepada isteri. Beliau juga kelihatan belum bersedia untuk ke tanah suci.

Kemudian saya bercerita mengenai pakej ini kepada pegawai atasan saya. Saya menyatakan yang belum bersedia untuk ke sana. Beliau pula bercerita yang beliau ingin benar ke tanah suci cuma belum berpeluang ke sana. Dengan izin Allah saya terbuka hati untuk mengerjakan umrah. Akhirnya dengan persiapan yang serba ringkas, kami berlepas ke Tanah Suci.

Alhamdulillah di dalam kumpulan kami ada ramai orang-orang yang alim yang membantu kami mengerjakan ubadat umrah. Antaranya Tuan Haji Ramlandan Tuan Haji Halim. Mereka banyak membantu kami. Ibadah umrah memberi tarbiah kepada kami. Bumi Mekah dan Madinah begitu ajaib. Allah memperkenankan doa hambanya di sana. Hidayah datang mencurah-curah.

Pengalaman umrah ini begitu hebat. Ia sebati di dalam hati kami. Ia umpama latihan. Ianya lebih dari latihan kerana ia adalah tarbiah dari Allah SWT. Jika kita menghadiri / mendengar sesi motivasi contohnya Dr. Fadzilah Kamsah kita akan rasa teruja dan bersemangat untuk berubah ke arah yang lebih baik . Begitu juga umrah, tetapi semangat  dan keterujaannya adalah lebih hebat lagi kerana ia adalah didikan dari Allah SWT.

Setelah mengalami pengalaman umrah yang hebat, kami fikir pengalaman haji pasti lebih hebat. Baca sahaja kisah Travelog Haji oleh prof. MKI dan Haji Muda oleh Dr. Ridzwan Bakar. hebat tarbiah haji yang mereka alami. Membaca pengalama mereka sudah hebat, merasainya "first hand" pasti lebih hebat. Setelah pulang dari umrah kami mendaftar untuk menunaikan haji di Tabung Haji. Kami juga berjaya memujuk ramai kawan agar mereka membuat pendafatran haji. Sudahkah anda mendaftar?

Tarbiah haji inilah yang kami dambakan untuk menjadi panduan menyusuri saki baki hidup kami. Agar hidup dan mati kami mendapat keredhaan Allah SWT.


"Ya Allah permudahkanlah segala persiapan kami untuk menunaikan haji. Jemputlah kami sebagai tetamu istimewa Mu. Amin. "

10 comments:

aznaz said...

salam saudra Azemi..

alahmdulilah...allah telah mejemput saudara mejadi Tetamu nyer...


waslam

CM said...

Salam en mie

tarikh yg tertera pada gambar dan suasana di Madinah tu,adalah tarikh yg sama,saya menunaikan umrah,saya bersama jemaah Andalusia Travel dan menginap di Fayrozz Hotel,Subhanaallah,kenangan yang terindah,yg ingin saya ulangi saban tahun..

saya doakan segala impian cik mie n isteri tercapai..

Atikah said...

Salam en azemi...

Semoga Allah mempermudahkan niat En Azmie suami isteri... Banyakkan berdoa... Sahabat saya pun macam En Azemi... kalau ikut giliran, thn 2020 baru dpt p... tapi alhamdulillah, namanya dlm senarai standby skrg... umurnya 40an...

saya pun mempunyai impian untuk ke sana di usia muda... InsyaAllah...

Unknown said...

Tuan,

If you want to go for Hajj earlier than year 2022, just let me know. Can do special arrangement for you, insyaAllah.

Azemi Ali said...

Salam saudara ciklie,

Alhamdulillah

Azemi Ali said...

Saalm cikgu Mas

Memang kami pun tinggal di Hotel Fayroz Al-Khomri bersama jemaah dari Andalusia Travel. Saya ikut KAA Travel. Mungkin kita berselisih bahu pada masa tu. Makan bersama di tingkat satu hotel ttp saling tidak mengenali. Paling saya ingat semasa saya menolong seorang makcik dari Terengganu yang tersesat hotel. Saya ajak dia makan di Fayroz sementara menunggu mutawif. Adakah cikgu Mas ada pada masa itu di dewan makan?

Saya juga berdoa ingin ke sana setiap tahun. Moga dipermudahkan.

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Amin. terima kasih atas doa dan ingatan.

Kalau ingin ke sana waktu muda daftarlah dulu di Tabung Haji. TH akan freeze RM1,300 di dalam alau TH.

Azemi Ali said...

Salam Hj Hidayatul Ikram,

Kami ingin pergi haji tahun depan jika diizinkan Allah SWT. Arrangement macam mana tu?
Terima kasih atas pertolongan tuan haji.

Unknown said...

Bulan 1 thn depan, kita jumpa kawan saya kat Tabung Haji

Azemi Ali said...

Terima kasih Tuan Hidayatul Ikram

Related Posts with Thumbnails