Wednesday, October 28, 2009

Ustaz Ismail Kamus

Ketika Zuhur tadi di pejabat saya sempat mendengar kuliah yang di sampaikan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus. Sudah setahun lebih tidak mendengar kuliah beliau. Kali terakhir menemui beliau ialah di sebuah surau di Kajang.Peluang untuk menemui ustaz-ustaz yang ternama dan tinggi ilmunya agak terbatas. Kami tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengikuti kulaih beliau. Saya ada membuat sedikit catatan mengenai kuliah ini. Sebelum saya terlupa mengenai apa yang disampaikan, saya rasa adalah lebih baik saya mencatatkannya di sini.

Antara perkara yang sempat dikupas oleh Ustaz Ismail kamus ialah pada waktu dahulu Khalifah Umar bin Abdul Aziz menangis berhari-hari kerana dilantik menjadi khalifah. Khalifah Umar bimbang sekiranya tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Secara berseloroh ustaz menayatkan orang sekarang menangis berhari-hari pula kerana tidak dilantik menjadi pemimpin.

Ustaz juga menyentuh tentang kenapa Acheh dan Padang yang terdapat ramai ulamak diturunkan bala oleh Allah SWT. Menurut ustaz, ulamak di sana banyak menyeru ke arah kebaikan tetapi kurang mencegah kemungkaran. Di sesetengah tempat pula maksiat berleluasa. Arak dijual merata-rata hingga di warung di tepi jalan oleh orang Islam. Di sesetengah tempat pula jika berlaku kematian dan tiada kenderaan dan atau susah mayat hendak diusung, mayat akan dipuja agar berjalan sendiri ke kubur. Mayat tidak bercakap, cuma berjalan ke kubur dan masuk ke kubur sendiri. Fakta ini amat memeranjatkan saya.

Kemudian Ustaz  menerangkan empat perkara yang mesti dilakukan oleh orang yang berakal.

1. Bermunajat kepada Allah SWT iaitu ibadah, berbisik, merintih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kita seharusnya mengurangkn tidur dan banyak ibadah. Tidur itu ialah mati sementara manakala kematian pula ialah tidur untuk selamanya. Sebagai contoh jika seseorang itu hidup selama 60 tahun dan beliau tidur selama 8 jam sehari, ini bermakna orang itu tidur selama 20 tahun di sepanajng hayatnya. Tidur sepatutnya di kurangkan kepada hanay 4-5 sejam sehari. Banyak ibadah terutamanya yang sunat seperti solat Tahajud.

2. Muhasabah diri iaitu merenung dan menganalisis apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan. Jika sebelum ini kita banyak meninggalkan solat ataupun puasa hendaklah diqadha. Al Quran hendaklah di baca setiap hari. Dan bagi mereka yang mahir hendaklah membaca sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Jika tidak berbuat demikian ia adalah menzalimi diri sendiri. Jangan tunggu masa lapang tetapi kita lah ayang melapangkan masa tersebut.

3. Merenung ciptaan Allah SWT. Perhatikan  kepada ciptaan Allah. Ia akan dapat menambahkan iman kita. Perhatikan kepada kejadians emu contohnya. Makhluk kecil yang hebat di cipta oleh Allah. Perhatikan, walaupun kecil semut itu amat luarbiasa, kuat bekerja dan tidak menggangu semut yang lain. Jika diperhatikan kepada penyu yang baru menetas, anak penyu ini akan bergerak ke laut dan bukannya ke daratan. Bagaimana anak-anak penyu ini tahu walaupun tidak menggunakan GPS? Itulah kekuasaan Allah. Lihat juga bagaimana Allah mencipta manusia. Jiak diperhalusi dan dikaji, ia akan dapat menambah iman kita.

4. Mencari Nafkah yang halal. Adalah menjadi tanggungjawab setiap lelaki bagi mencari nafkah yang halal bagi keluarganya. Sedekah yang paling afdal ialah memberi makan kepada keluarga sendiri. Ianya diberi 900 kali ganda pahala manakala sedekah kepada orang lain hanya diberi 700 kali ganda pahala.

Pesan orang yang berilmu. Hadirilah majlis ilmu kerana ilmu akan menambahkan iman.

11 comments:

DIKTATOR_MEDIA said...

Salam ziarah, jemput ke blog ana & mohon tunjuk ajar. Sama2 kita lebarkan jaringan dakwah. Salam taaruf buat smua jiwa2 pendakwah.di--> http://diktatormedia.blogspot.com/

Azemi Ali said...

Salam ukhwah Diktator Media.

Terima kasih kerana datang ke blog ini.

Imran Paris said...

En Mi...ok ke nama panggilan ni.

Thanks for this posting....cukup bermanfaat...esp pasal 4 perkara utama....very enlightening.

Wassalam

Azemi Ali said...

Salam Ukhwah Tuan Imran

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

PINATBATE said...

Terima kasih..berkongsi menyebarkan ilmu

Azemi Ali said...

Salam Kak Pinat,

Saya hanya memanjangkan apa yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Kamus.

Moga ada manfaat.

Atikah said...

Salam En Azemi..

Perkongsian yang bermanfaat... TQVM

benludin said...

salam tuan haji,
baru2 ni ada pelancaran buku terbaru beliau kat tv3.buku 'hidup bersyariat' kalau tk silap.

tp sayang,tv3 tak jemput ustaz ismail kamus.paham2 je la kan

*kalau nak d/load ceramah mp3 boleh ke sini...http://www.mymaktabaty.com/
mcm2 ada...:)

Azemi Ali said...

Salam Tuan haji Ben.

Memang buku terbaru Ustaz Ismail Kamus tajuk tu. terbitan Telaga Biru. RM55 hard cover dengan banyak gambar spt untuk pengurusan jenazah dsb. Sesuai untuk orang macam saya yang tak berapa ada ilmu.

Cadang nak beli lepas ni.

mmg Ustaz tak keluar dekat TV tapi dekat youtube banyak kuliah yang beliau dan ustaz lain.

Terima kasih atas link tersebut.

Anonymous said...

insaf kannns..

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam Azemi,
Minta call saya esok after 3pm.

Dr Ridzwan
019-262 8585

Related Posts with Thumbnails