Wednesday, January 13, 2010

Berbasikal Pulak!

Hampir sebulan tiada posting baru. Kesibukan di akhir dan awal tahun baru berakhir. Baru boleh melihat blog sendiri. Hari Ahad lepas ikut perancangannya nak hari gathering PDKM tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana  kerja-kerja membaiki table top di rumah kami lewat disiapkan. Mengikut perancangan kami table top dibaiki pada hari Sabtu pagi dan boleh disiapkan selewat-lewatnya tengahari Ahad.   Kerja yang dijadualkan bermula pagi sabtu hanya bermula pada jam 6.00 petang hari Sabtu. Hasilnya menjelang  Maghrib Ahad baru siap. Terlepaslah gathering PDKM. Tak ada rezeki lah tu. InsyaAllah boleh jumpa cikli dan bloggers lain di lain masa.




Saya memulakan tahun 2010 dengan kayuhan basikal. Saya agak aktif berbasikal setelah bersara dari sukan futsal. Sejak patah jari ibu kaki, pilihan yang ada ialah buat pembedahan ibu jari kaki, masukkan simen ke dalam tulang dan boleh main futsal semula. Jika tidak buat begitu ibu jari kaki boleh patah lagi. Satu lagi pilihan ialah bersara dari futsal. Satu pilihan mudah ialah bersara. Bukan wakil Malaysia pun. Kebetulan sekitar bulan Mac 2009 saya dah beli basikal, jadi alternatif senaman terbaik ialah berbasikal. Kebetulan ada beberapa orang jiran yang aktif berbasikal.

Pada awal-awal berbasikal dulu, saya merasa agak menyesal kerana memilih sukan ini. Apakan tidak bila mengenangkan terpaksa berbasikal mendaki bukit yang tinggi menegak. Rupanya pada masa tu tukar gear pun tak tahu. Patutlah sakit seluruh badan terutamanya bahagian lutut bila mendaki bukit.




Itu dulu, sekarang ni saya dah nak masuk fasa kedua sebagai cylist. Kalau setakat berbasikal sejauh 20km sekali kayuh tu masih dikira beginner. Kalau intermediate sekitar 30 - 60km. Advance cyclist pula lebih 60 - 100km sekali kayuh. Kalau dah lebih dari tu dah boleh kira pro kot. Saya baru capai 30km sekali kayuh. Boleh kira dah intermediate ni. Tahun ni dah -+80km mileage berbasikal. Target Januari 300km kayuhan.

Buat apa nak berbasikal jauh-jauh ? Banyak faedahnya. Senaman yang menyihatkan dan melapangkan minda. Ada seorang geng kami yang dah berumur 50 tahun. Dia dimasukkan ke wad hampir seminggu dan didiagnos menghidap penyakit kencing manis. Dia diarahkan oleh doktor untuk mengambil suntikan insulin. Dia engkar arahan doktor dengan tidak mengambil insulin tetapi mula berbasikal dan menjaga makanan dan minuman. Hasilnya dalam bberapa bulan tahap glukos dalam darahnya kembali normal dan tidak perlu mengambil insulin. Berat badan juga turun. Beliau kembali sihat.

Minggu lepas kami disertai oleh basikalis baru dari taman perumahan berhampiran. Saya tengok basikal beliau agak menarik dan kelihatan canggih. Pada masa itu kami berbasikal lima orang dan menamatkan kayuahn dalam kelompok yang sama. setelah mengetahui harga basikal kawan ini saya agak terkejut. Benar benar terkejut. Harga basikal beliau ialah RM16,000.00. Lebih mahal dari motor baru saya. Mahalnya! Basikal saya hanya berharga RM400.00. Dengan RM16,000.00 boleh dapat 40 buah basikal berhraga RM400.00.
Walaupun basikal saya hanya berharga RM400.00, nilainya RM16,000.00 kerana dapat bersaing dengan basikal bernilai begitu. Sesetangah basikalis menggunakan helmet berharga RM400.00. Sama harga dengan basikal ku. Saya mahu beli basikal saya ni?




Sebelum ni memang saya ada dengar basikal berharga RM20,000.00 tapi tak sangka pula boleh bersaing dan berlumba dengan basikal mahal. Rupanya setakat RM16k masih dianggap murah kerana ada kawan kepada kawan saya ni menggunakan baiskal RM35,000.00. Fuh! dah boleh beli kereta dengan harga sebegitu.


Basikal yang murah sedikit. Harga RM8,000.00


Berbasikal dengan basikal murah ni penat sikitlah. Kena guna banyak kudrat. Terasa juga mahu beli basikal baru yang lebih elok sekitar RM1,000.00 - RM1,500.00 dah boleh dapat basikal sedemikian. Tapi mahu sabar lebih sikit , selagi larat, kayuhlah basikal murah ni. Kadang-kadang terasa best pula basikal murah bersaing dengan basikal mahal. Kerana orang yang merasakan dirinya mahal tidak perlu barang-barang yang mahal. Dirinya sendiri sudah mahal.

Beberapa hari lepas saya dapat sms dari seorang kenalan baru yang dikenali selepas satu kemalangan. SMS itu ditulis " More the servant love his Master, less he love objects and they decrease in number. Less the servant love his Master, more he love objectsand they increase in number - Ibnu Taymiah. Sungguh dalam kata-kata ini.

Basikal hanyalah objek.

2 comments:

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam,
Saya juga minat berbasikal.

Azemi Ali said...

Salam Dr. Ridzwan.

InsyaAllah satu hari boleh berbasikal bersama. Kami plan untuk berbasikal ke PD sekitar April 2010.

Related Posts with Thumbnails