Sunday, October 26, 2008

Golf

Kawan-kawan sepejabat sering mengajak saya untuk bermain golf bersama mereka. Saban minggu mereka meluangkan masa untuk bermain permainan ini. Saban minggu juga mereka mengajak saya. Mereka bermain golf dengan boss-boss. Mereka bermain golf dengan orang-orang ternama. Networking dan senang naik pangkat kata mereka.
Saban minggu mereka mengajak saya. Namun saya tolak juga. Saya kata belum tiba masa. Sebenarnya di sudut hati saya tak suka. Ini bukan keutamaan saya. Weekdays untuk cari rezeki dan weekend pula untuk bersama keluarga. InsyaAllah saya tidak akan main golf sampai bila-bila. Tak ruginya. Kalau main golf dan solat entah kemana, apa gunanya?

2 comments:

Anonymous said...

Saudara..
Anda terlalu mudah membuat andaian. Saya bermain golf. Tetapi x pernah untuk tidak bersolat. Golf bukan alasan untuk tidak bersolat. Saya amat terhina bila membaca tulisan saudara....
Harap lebih terbuka....

Azemi Ali said...

Salam atok man
Terima kasih kerana sudi ke blog ini. Maaf jika tulisan ini membuatkan tuan rasa terhina. Saya menulis adalah untuk iktibar diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa jua yang sudi mengambil iktibar dari kisah yang dipaparkan.
Saya tidak membuat andaian. Saya menulis berdasarkan cerita kawan-kawan saya ketika mereka asyik bermain golf. Mereka menceritakan kepada saya, ada ketikanya mereka terlepas waktu solat kerana terlalu asyik bermain golf. Jadi kisah ini adalah pengajaran kepada diri saya. Terima kasih.
Sala ukhwah.

Related Posts with Thumbnails