Sunday, October 26, 2008

Menulis

Saya menulis satu emel kepada pengerusi sebuah syarikat penerbitan menyatakan hasrat untuk menulis novel dan buku mengenai kerjaya sebagai seorang akauntan. Emel itu tidak dibalas tetapi diletakkan di dalam blog syarikat itu. Seluruh kandungannya diletakkan dalam blog itu termasuk latar belakang saya dan address blog ini. Saya rasa agak malu kerana emel itu dibaca oleh ramai pengunjung blog itu. Saya kira paling kurang beratus orang juga. Tapi tak apalah kerana mungkin itu publisiti percuma, sejak hari itu blog saya dikunjungi ramai orang yang tak dikenali.
"Jika hendak menulis buku, tulislah blog dulu. Jika blog yang percuma pun tak dibaca orang apatah lagi buku yang perlu dibeli dengan wang ringgit". Fikir saya.
Setelah lebih sepuluh hari barulah saya dapat balasan emel itu, pasti mereka semuanya sibuk-sibuk belaka.Menurut kata editor yang membalas emel itu, buku yang saya akan tulis tak akan diterbitkan sehingga mungkin tahun 2010. Buku atau novel seperti itu katanya agak lembab dan tidak laris di pasaran. Tidak laku, tiada orang nak membacanya. Sekarang ni zaman gawat , buku seperti ini tiada tempat dalam pasaran. Dinyatakan juga nama penulis lain yang memang saya kenal sangat sebagai contoh.
Jadi sekarang saya ada beberapa pilihan:
1. Berhenti menulis. Tidak jadi menulis.
2. Cari syarikat-syarikat penerbitan lain yang sudi menerbitkannya. Ambil iktibar kisah Sly Rambo Stallone.
3. Tumpukan kepada keutamaan semasa iaitu mencari rezeki di siang hari dan weekdays. Dan sebelah malamnya dan weekend memberi keutamaan kepada isteri dan anak-anak. Anak saya sudah berusia 7 tahun dan sekarang melatih tubi beliau untuk solat dan mengajar Al-Quran kepada mereka. Menulis juga bila ada kesempatan.
Saya pilih yang ketiga. Mungkin ini ada hikmahnya. Allah mengingatkan saya agar lebih menumpukan kepada perkara yang lebih utama iaitu mendidik keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum menyertai perjuangan memandaikan bangsa.

4 comments:

mba said...

Salam;

Tahun 2010 bukannya lama sangat. 2008 tinggal lagi 2 bulan sahaja. Barangkali 2008 hanyalah untuk merangka tulisan sahaja. 2009 baru mula menulis, maka jika diterbitkan pada 2010 ia sudah dikira cepat.

Jika manuskripnya ada, jangan dirisaukan sangat bia ia akan diterbitkan. Kita hanya boleh berangan-angan bahawa kita boleh menyiapkan sebuah buku dalam masa 3 bulan. Hakikatnya 3 tahun belum tentu boleh disiapkan lagi. Apa yang diperlukan ialah istiqamah. Tulislah walaupun satu ayat sehari. Lama-kelamaan ia akan menjadi peranggan. Daripada perenggan ia menjadi bab. Dari situlah munculnya buku.

Semasa ekonomi mula merundum ini, kita menulis. Apabila ekonomi sudah pulih semula, semasa penerbit mula menarik nafas lega, pada masa itu manuskrip sudah tersedia untuk diterbitkan, bukan baru ingin menulis semasa ekonomi sudah kencang.

Wallahualam.

Shamsuddin Kadir said...

Salam saudaraku Azemi,

Benar kata-kata Tuan MBA itu, seorang sahabat baik saya iaitu Tuan Osman Affan pernah berkata, matlamat itu buku satu impian tanpa ada halangan.

Berusahalah, saya akan terus menyokong saudara.

Saya juga dalam proses merancang untuk mendapatkan co-Author bagi sebahagian buku yang saya pelan untuk dihantar ke penerbit pada 2009. Mungkin saya dapat membuka peluang itu kepada saudara nanti.

ridzwan said...

Assalamualaikum Azemi,
Perjalanan dakwah menuntut pengorbanan. Perjalanan ini juga menuntut kajian. Tidak perlu terburu-buru untuk melihat hasilnya. Rancang dan mulakan penulisan anda. Usah difikirkan result nya sekarang. Saya yakin buku anda akan dikeluarkan. Saya yakin anda mampu melakukannya. InsyaAllah, Saya doakan anda.

razi said...

Saya doakan semoga suatu hari nanti cita-cita anta untuk menerbitkan buku tersebut dipermudahkan Allah...mihnah dalam perjuangan merupakan rutin biasa bagi seorang pejuang...saya setuju ngan pendapat mba,2010 bukannya lama sangat lagi pun.

Related Posts with Thumbnails