Sunday, October 12, 2008

Haji Ketika Usia Muda

Saya berhajat untuk menunaikan haji sebelum usia 35 tahun. Sekarang usia saya 33 tahun.
Kenapa pergi haji masa muda?
Jawapan:
1. Setelah pulang dari Umrah tempoh hari, bilangan uban saya makin bertambah. Ini petanda maut semakin hampir.
2. Umrah adalah tarbiyah. Haji adalah tarbiyah. Saya ingin memtarbiyah diri ke arah takwa dengan Haji. Setelah balik dari Umrah, saya mendapat sedikit tarbiyah ini. Dengan mengerjakan Haji selain melaksanakan kewajipan rukun Islam tetapi InsyaAllah dengan izinNya saya dapat mentarbiyah diri sebagai bekal untuk meneruskan hidup dan membimbing isteri dan anak-anak ke arah takwa.
3. Haji memerlukan tenaga dan fizikal. Pergilah haji semasa muda ketika badan masih sihat. Mutawif semasa umrah juga menasihatkan kami, selain pergi kursus haji hendaklah juga berjogging dan bersenam untuk memantapkan fizikal kerana haji itu tough dari segi fizikal.
4. Pergilah haji jika mampu. Apa maksud mampu? Saya pernah terbaca, sekiranya seseorang itu mempunyai dua rumah dan beliau masih belum pergi haji maka adalah wajib baginya menjual rumah tersebut dan menggunakan duit tersebut untuk pergi haji.
5. Haji itu penghapus dosa. Haji itu proses pembersihan diri.
6. Dan banyak lagi sebab lain.

Saya baru sedar untuk pergi haji setelah pulang dari umrah. Sebelum itu kami lalai dengan dunia. Kami baru mendaftar. Mengikut Tabung Haji giliran kami untuk mengerjakan haji ialah pada tahun 2022. 14 tahun lagi. Tapi kami berhasrat untuk pergi dalam masa dua tahun lagi . Kami akan DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal ke arah itu. "Ya Allah , jemputlah kami (saya dan isteri) sebagai tetamu Mu untuk mengerjakan haji. Ya Allah perkenankan doa kami. Amin".

3 comments:

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam sdr Azemi,
Alhamdulilah dan Tahniah dgn azam Haji Muda. Saya doakan hasrat ini segera terlaksana. Perbanyakkan doa dan dalami ilmu dan falsafah Haji.

Tsunami Haji mampu merobek keegoan dan mencipta insan cemerlang.

Salam

Azemi Ali said...

Salam Sejahtera Tuan Haji Muda (Dr.)Ridzwan Bakar,
Terima kasih atas doa dan dorongan tuan.Saya dan isteri berazam untuk menunaikan haji dalam masa 2 tahun ini. Dalam tempoh dua tahun ini kami fikir InsyaAllah dapat memantapkan ilmu fardhu ain dan juga mengumpul dana secukupnya. Pesan guru saya mantapkan SOLAT Fardhu. Banyakkan solat sunat. Banyakkan taubat.Kami begitu memerlukan tarbiyah haji setelah mendapat sedikit renjisan tarbiyah umrah bagi bekal perjalanan hidup kami.
Saya sudah habis membaca buku tuan. Saya mendapat perspektif yang baru selepas membacanya seperti sesat di Mina. Saya lebih suka laluan RIDZ berbanding XYZ.
Banyak ilmu baru saya belajar dari buku tuan.
Saya rasa buku tuan sudah pun best seller. Saya perhatikana hanya ada beberapa nashkah lagi buku ini di MPH Putrajaya minggu lepas.

Salam ukhwah.

hazwanali said...

Salam..
wah untungnya..saudara ridzwan bakar komen..betul ke daftar tahun ni perginye lg 14 tahun..kalo macam tu..cuti ni saya pun nak daftar utk haji..lagi lambat daftar lagi lambatlah nak jadi haji muda..saya doakan saudara dimurahkan rezeki untuk tunaikan haji dalam masa 2 thn..DUIT tu petua berguna..salam ukhwah..

Related Posts with Thumbnails