Saturday, April 18, 2009

Ilmu atau Harta

Hadis : Daripada Abu Darda’ r.a. Nabi S.A.W. besabda, “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan berguna

Hadis riwayat : Abu Daud, Al-Timizi, Ibnu Majah dan Ibn Hibban.

Nabi Sulaiman A.A. adalah nabi yang paling kaya antara semua nabi. Beliau mempunyai kerajaan yang paling besar. Semua jin dan binatang tunduk kepadanya. Beliau mempunyai istana yang amat besar. Arkitek dan pembuat istana nya ialah daripada golongan jin.

“Golongan jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan-bangunan tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam dan periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. – ayat 13, Surah Saba.

Namun, apabila wafatnya Nabi Sulaiman, hartanya lenyap daripada muka bumi. Jika diselidiki di seluruh dunia Arab atau diseluruh dunia sekalipun tidak akan berjumpa tanda-tanda peninggalan harta Nabi Sulaiman yang amat kaya itu.

Tiada satu pun diwariskan kepada golongan kemudian. Benarlah nabi tidak mewariskan wang emas dan wang perak.

Sementara itu di dalam al quran juga kita dapat membaca banyak kisah kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah. Kaum Thamud, Aad, Saba, Firaun, Haman dan juga Qarun.

Allah berfirman dalam surah Hud , ayat 100 yang bermaksud “ Yang demikian, ialah khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepada kamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).

Di Mesir sekarang ini masih ada piramid peninggalan firaun. Masih ada tasik qarun tempat istana qarun yang diterbalikkan dan ditenggelamkan oleh Allah. Di lembah Petra, Jordan masih ada tinggalan rumah-rumah kaum Thamud yang begitu indah dan tinggi ukirannya.


Gambar The Treasury peninggalan kaum Thamud di Lembah Petra, Jordan

Dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu adalah lebih penting daripada harta kerana walaupun Nabi Sulaiman yang kaya itu, tiada satu pun hartanya dapat diwaris oleh orang yang terkemudian. Manakala golongan yang tersesat kerana banyak harta telah diazab oleh Allah dengan kejadian yang dahsyat. Peninggalan mereka masih dapat dilihat sebagai peringatan bagi mereka yang mahu berfikir.

2 comments:

cikgu mas said...

Salam..bersama doa kesejahteraan
..mengapa Allah turunkan azab ? Kerana Allah amat tidak menyukai kesombongan dan keangkuhan,apabila dilimpahi nikmat kemewahan, nafsu akan memandu hati manusia menjadi riak.Moga kita dilindungi dari virus riak..Insyaallah

Azemi Ali said...

Salam ukhwah cikgu mas,

Orang yang banyak harta, terpaksa menjaga hartanya.

Tetapi orang yang banyak ilmu, ilmu akan menjaganya.

Related Posts with Thumbnails