Thursday, April 23, 2009

Pesta Buku 2009




Pesta Buku 2009 tinggal beberapa hari lagi. Akan tamat Ahad ini 26 April 2009. Saya dah kesa na tiga kali. Selasa, Rabu dan Khamis. Baru sempat beli lebih kurang 12 buku dan 5 majalah. Antara buku yang dibeli ialah biografi Imam Syafii, Biografi Hassan Al Banna, 3T, Yakjuj-Makjuj, Siri Cepat Baca, Majalah Solusi, panduan didik anak solat, Tafsir Surah Ar-Rahman dan banyak lagi. Semua pembelian dapat diskaun antara 10% - 40%. Beli buku dan majalah dapat pelepasan cukai sehingga RM1,000.00 setahun. Jadilah gunakan kesempatan sebaiknya di Pesta Buku 2009 ini untuk membeli buku dengan harga diskaun, dapat pelepasan cukai dan juga menambah ilmu.

Di sana jumpa ramai penulis terkenal seperti Ain Maisarah. Beliau tersenyum manis ketika saya menoleh ke arah beliau. Benarlah kata Sifu PTS beliau memang pandai berkawan. Senyumannya lain dari penulis lain. Terserempak juga dengan Faisal Tehrani dengan serban biru gelap di bahunya. Trademark tersendiri. Pada hari pertama nampak Puan Ainon dan Zamri Mohamad. Sempat juga menegur mereka sebentar. Nampak juga Imuda dan Dato' Husam Musa.

Petang tadi nampak terserempak kawan baik yang juga saudagar kambing yang bakal terkenal iaitu Megat Mahadir. Beliau akan menjadi saudagar sepenuh masa tidak lama lagi. Syabas!

Esok jika ada masa mungkin sempat pergi sekali lagi.

4 comments:

YorieMorieKarra said...

salam.
mmg besh la books fest kali ni....
hopeflly tahun dpan lg besh.....

Azemi Ali said...

Salam Yorie.

Rasanya books fest last year lagi besar..

Terima kasih kerana baca blog saya.

cikgu mas said...

Salam..en mie.shoping sakan..yek..tu buku biografi Imam Hassan AlBanna,saya dok tinjau-tinjau tapi tak nampak.saya beli gak majalah Solusi rasa nk langganlah pas ni..bagus majalah tu kan.Pas ni boleh share ngan kami panduan didik anak ye...tq

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Saya beli buku Hassan Al Banna tu di tingkat bawah pada hari khamis..tu pun hampir tak jumpa walaupun saya dah nampak pada hari rabu.. booth An Nufair rasanya..

Bab mendidik anak tu rasanya cikgu lagi berpengalaman.. sebab anak saya baru 3 orang dan masih kecil.. umur 8, 5 dan 3 tahun..

Related Posts with Thumbnails