Monday, April 6, 2009

Kambing



"Salam. Megat, Dah terima agreement yang aku pos? " Saya SMS Megat.
"Dah. Aku kat Australia ni. Balik nanti aku stamping dan pos kat ko" SMS Megat.

Siapa Megat ? Dia ni kawan sama Diploma dan Degree dulu. Sekarang ni dia dah jadi saudagar kambing. Saudagar kambing? Wow! macam Rahim Lempoyang saudagar unta dalam cerita tiga Abdul.

Si Megat ni dah 4-5 tahun jadi saudagar kambing ni. Sekarang bisnes dia dah besar. Import kambing dari Down Under. Tiap-tiap minggu ada shipment dari sana. Dia jadi pembekal untuk penternak lain. Dengar khabar ada projek besar sekarang ni.

Saya promote si Megat ni bukan apa. Saya pun ada invest sikit-sikit dekat ladang dia ni. Dan sesiapa berminat untuk invest boleh lawat www.boersaanen.blogspot.com. Tapi sekarang ni pun banyak ladang/orang nak cari investor yang boleh menyumbang modal untuk projek kambing. Saya pun tak akan invest kalau tak kenal tuan punya ladang. Dalam surat khabar banyak orang yang kena tipu pasal projek kambing ni.

Cerita pasal kambing ini. Kalau orang Melayu ternak kambing kita kira pakai ekor. Kalau orang India kira pakai kandang dan kalau orang Arab atau Aussie kira pakai padang. Berapa ekor kambing kau ada? Berapa kandang kambing kau ada? Berapa padang kambing kau ada? Lebih kurang bergitulah lebih kurang skripnya.

Kambing ni unik. Takut mandi tapi harga makin tinggi.Sekarang ni baka yang paling top ialah Boer. Seekor baka jantan boleh mencecah RM5,000.00. Fuh! Harga macam sebiji motor kapcai.

Kalau kita perhatikan kisah-kisah para Nabi, boleh dikatakan ramai nabi pernah menjadi gembala kambing. Apakah agaknya rahsia para nabi menjadi gembala kambing ini. Mungkin kambing ini sukar dikawal jadi dengan itu menjadi latihan kepada para nabi. Wallahu'lam.

3 comments:

SAYANG SELALU said...

Salam Tn

Alhamdulilah, bagaimana pulangan yg lepas ..dah dapat. Saya dah 'refer' direct pd Allah ..tapi nampak blurrr je. ..pastu bila tanya kekawan..katanya banyak kes kandang V kambing mati dlm kandang..so no pulangan. Tak boleh siasat -cuma diberi gambar,,,kambing mati bergelimpangan...!!!! Refer perjanjian..jika mati disebabkan 'bencana' dsb-maka pemodal menanggung sepenuhnya...!!Betul ker tu?. Bla dengar crita sedemikian..maaflah saya terus sepi dan menyepi...sebab dah terkena nih..

Azemi Ali said...

Salam tn. Haji,

Saya invest sebab tuan punya kandang ni kawan baik saya. Pernah duduk sebilik masa bujang dulu. Saya percaya dekat dia. Pulangan belum dapat sebab baru 4 bulan. Tempoh perjanjian setahun. Mmg ada risiko tapi ada % tertentu, high return, high risk. Low return , low risk.
Kalau tuan punya kandang saya tak kenal, mmg saya pun tak berani nak invest.
Istikharah itu yang terbaik.

Adi 019-2236364 said...

Salam mie.. thanks promote bisnes aku.. insyaAllah berkat doa rakan2 moga kita akan berjaya dalam masa yang sama bantu rakan muslim yang lain.. insyaAllah... thanks bro..

Related Posts with Thumbnails