Wednesday, April 29, 2009

Nasi Lemak Bonda



Novel di atas dijadikan silibus untuk bengkel menulis novel awal remaja : siri usahawan cilik. Pra syarat untuk menghadiri bengkel ini ialah membeli novel dan membacanya. Saya tidak membeli tapi dapat percuma dari MBA. Untung jadi adik penulis ni. Saya sudah khatam membacanya. Hanya ambil masa kurang lebih 2 jam untuk khatam novel setebal 203 muka suart ini kerana ia disasarkan untuk umur 9 - 15 tahun. Bahasa dan jalan ceritanya mudah.

Saya telah mendaftarkan diri untuk bengkel tersebut tetapi tidak dapat hadir kerana akan pulang ke Terengganu bagi meraikan majlis perkahwinan anak saudara yang ke-3. Keluarga lebih diutamakan. Mungkin tiada rezeki kali ini.

Teringat semasa bengkel penulisan yang saya hadiri Januari lalu.
"Saudara ini sudah banyak hadir bengkel, tapi bukunya mana? soal penceramah yang juga merangkap penulis terkenal dan pengerusi syarikat tersebut.
"Mana ada banyak kali datang puan, baru kali ke-3 sahaja" jawab saya dalam hati.
Kemudian beliau datang lagi " baguslah, akauntan nak jadi penulis.." lalu beliau memberitahu beberapa nama akauntan yang menulis. Ternyata beliau mengingati profil saya walaupun berjumpa hanya beberapa kali sahaja.Rasa segan juga bila bertemu beliau dan buku masih belum siap. Rasa segan ini dikongsi oleh beberapa rakan yang saya kenali di bengkel penulisan tersebut.

Walaupun tidak dapat hadir bengkel terbaru ini, saya serba sedikit sudah dapat mengagak kandungan bengkel tersebut. Plot novel bagaimana yang dimahukan dan jalan ceritanya. Wataknya juga.

Mungkin kawan-kawan yang dapat hadir ke sana 2 Mei nanti dapat berkongsi dengan saya. Terima kasih.

4 comments:

MBA said...

Jom kita berlumba menulis siri novel ini. Puan Hajah Sifu Ainon San menulis surat kepada saya supaya saya tulis siri novel ini lima (5) buah sekali gus. Alamak! ... ada berani?.

BTW ... jika mahu kita boleh tulis novel sebegini secara berkumpulan secara on-line. Sila rujuk http://novel2u.blogspot.com/ untuk melihat bagaimana abang kamu (aku kan abang ...) tulis novel empat orang yang memakan masa 3 tahun dan telah terjual lebih 40,000 naskah.

Azemi Ali said...

Dekat novel2u tu macam kisah benarlah. Separa fiksyen separa benar. Ini ke novel yang tak dapat royalti tu? Walaupun jadi best seller.
Bagus juga tulis novel online ni. Tapi ada ke orang nak beli novel tu jika dia dah baca online?

Target utama tahun ni nak pergi haji. Target kedua nak tulis buku/novel dan publish. 5 novel sekaligus tak beranilah tapi kalau satu publish dah cukup bagus. Tapi ada juga berkira-kira untuk buat trilogi. Khas untuk Hidayah Iman Amal.

Nanti boleh bincang lanjut.

Sifu ada bagi tips kah?

Isar said...

Salam,
Aku tak pernah baca lagi buku yang kalian tulis nie,yang aku asyik baca dan dah jadi Favourite aku buku novel karanga Awang Murshid, pas tu buku bentuk motivasi dari Chef li.
Nak karang buku bukan senang , bahas mesti no satu, maksud aku frasa mesti baik.

Azemi Ali said...

Salam Isar,
Lepas ni kena bacalah buku tulisan kami.. tak rugi..membaca sumber ilmu..

p/s - baru balik ganu ni, tak balik ke?

Related Posts with Thumbnails