Sunday, October 12, 2008

Bagaimana Akhirnya Saya Berjanggut II

"Wah cantik janggut Mi, dah jadi ustaz sekarang" tegur seorang kawan dengan nada bergurau.
"Saya bukan ustaz, cuma seorang akauntan, akauntan Islam" jawab saya.
"InsyaAllah!" balas beliau.
Sejak saya berjanggut saya perhatikan ada juga orang disekeliling saya yang baru berjanggut. Fikir saya dalam hati, baguslah semakin ramai yang melaksanakan sunnah.
Dan ramai juga yang menyapa saya berkenaan janggut ini. Biarkan mereka menyapa. Biarkan janggut ini menjadi pencetus untuk menegakkan syiar Islam seumpama memberi salam. Memberi salam ialah satu-satunya perkara sunat yang lebih baik dari perkara wajib. Memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam adalah wajib. Namun kita digalakkan untuk memberi salam terlebih dahulu.
Rasulullah akan memberi syafaat di akhirat kepada umatnya. "Bagaimana nak mendapat syafaat itu jika perkara sunat seperti berjanggut pun kita tak buat?" soal saya kepada diri sendiri.

7 comments:

benludin said...

salam encik akauntan,

saya jumpa blog encik kat UNIKA...

kalau dah simpan janggut jgn lupa syampoo...hehehe

sorry...suka gurau2...

good luck in your career..:)

Azemi Ali said...

Salam En. Benludin,

Saya pun pernah pergi blog tuan, jumpa dekat blog Prof. MKI.

Terima kasih kerana sudi melawat dan bagi komen.

Semoga Alah merahmati tuan sekeluarga.

p/s - Syampoo janggut... tak pedihkan mata..hehehe..

benludin said...

tq encik visit blog saya...segan gak Pof MKI letak link dlm blog dia. Blog saya tu IQ level rendah sket..haha

tahniah juga bakal jadi penulis buku.Semoga dapat top seller mcm Prof MKI.InsyaAllah..

p/s: dah publish nanti habaq mai..:)..saya suka membaca,tapi menulis mmg la takde bakat (termasuk tulis blog)..:)

Azemi Ali said...

Tuan Benludin,
Terima kasih datang melawat.
Terima kasih atas doa tuan. Amin. Semoga tuan sekeluarga senantiasa dipayungi rahmat Allah.

P/s - Saya rasa tuan juga berbakat menulis, kalau tak percaya cuba tanya SifuPTS..

Anonymous said...

Janggut adalah sunnah kekal. Bila kita mati semua akan ditanggalkan..yg tinggal hanya janggut. Jika kita yakin dengan sunnah nabi di akhir zaman ini, nabi telah pun merindui kita sewaktu hayat baginda.

Azemi Ali said...

Tuan Anonymous,

Terima kasih atas tulisan tuan yang memberi motivasi kepada saya. Akhir-akhir ini saya banyak menerima sindiran kerana berjanggut. Mungkin orang itu tidak faham akan sunnah.

Soffian Shariff said...

saya nak simpan janggut... tapi bulu di muka saya ni segan2 nak keluar... dah dua bulan baru dapat sikit... saya nak simpan lah...
lagi pun pada pendapat saya, orang yang berjanggut lebih hensem...

kadang2 saya terfikir, banyak sebab yang rasulullah menggalakkan berjanggut... sekarang saya tengok ada lelaki yang wajahnya mirip wanita, dan ini akan mendatangkan masalah bagi dirinya dan masyarakat..kalau berjanggut, memang senang dibezakan lelaki dan wanita...

Related Posts with Thumbnails