Sunday, October 12, 2008

Suri rumah Profesional

Isteri saya telah memberi notis 3 bulan kepada majikannya. Dia berhasrat untuk menjadi suri rumah sejak kami baru kahwin lagi. Kini baru berpeluang. Suri rumah profesional. Beliau adalah seorang Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) dengan pengalaman selama 10 tahun sebagai juruadit, pengurus kewangan , akauntan cukai dan perbankan.
"Lepas ni nak kerja mana?" tanya seorang kawan beliau.
"Tak kerja, tumpu masa kepada anak-anak" balas isteri saya.
"Sayangnya, nanti duit cukup ke?" tanya kawan itu lagi dengan hairan.
"Suami saya bekerja dan rezeki itu datang dari Allah" jawab isteri saya
Nampaknya masyarakat kini masih beranggapan jika berhenti kerja adalah sesuatu yang merugikan. Bagi mereka hanya dengan bekerja sahaja dapat rezeki. Mereka seolah-olah tidak yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah. Allah yang menentukan rezeki, jodoh, hidup dan mati seseorang itu.
Saya pernah ditemukan dengan kisah orang yang bergaji RM20,000.00 sebulan dan seorang lagi yang hanya bergaji RM220.00 sebulan, dengan izin Allah orang yang kedua itu lebih kaya. Allah Al-Rozaq. Allah pemberi rezeki.
Bukankah menjadi suri rumah itu lebih baik. Dapat mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh. Kerana bila matinya seseorang anak adam maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu anak yang soleh yang mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu berguna yang diajarkan kepada orang lain. Bukankah menjadi suri rumah itu pelaburan untuk akhirat.

11 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah kurniakan lebih keberkatan kepada keluarga tuan

Azemi Ali said...

Salam.

Terima kasih tuan.

Anonymous said...

Tuan Akauntan,

Saya amat bersetuju dengan tuan. Saya pun mempunyai pengalaman yang mirip situasi tuan. Isteri bercadang untuk berhenti kerja walaupun baru sebulan memasuki alam pekerjaan. Pada mulanya saya agak keberatan disebabkan faktor kewangan yang meruncing. Namun, bila difikirkan balik baik buruknya, saya bertekad untuk bukan sahaja bersetuju dengan cadangan beliau malahan menggalakkan niat murni beliau untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan niat yang murni, Allah membalasnya dengan rezeki yang bertambah. Moga-moga tuan sekeluarga juga akan diberkati Allah hendaknya.

Kirim salam saya dan isteri pada kak sarah.

Anonymous said...

Salam Sejahtera Tuan Azemi,

Saya ialah seorang suri rumah. Untuk pengetahuan tuan saya juga berkelulusan chartered akauntan dan lulusan sebuah universiti 'top 16 in the world'.

Suami tidak pernah menyuruh saya berhenti kerja tidak juga menghalang jika mahu berhenti kerja.Dia menghormati pendirian saya dan juga faham bahawa dia bertanggung jawab mencari rezeki untuk keluarganya biarpun saya mampu membawa pulang gaji 5 angka.

Paling mengejutkan tentangan datangnya dari keluarga saya dan keluarga mentua saya.Mereka takut kami jatuh miskin jika saya tidak bekerja dan mencemuh gaya hidup sederhana yang kami sekeluarga amalkan. Menurut mereka apa yang saya lakukan amat merugikan.

Bagi saya, hidup hanya sekali, dan saya mahu melihat anak-anak membesar di hadapan mata, memelihara mereka ketika susah sakit dan senang. Saya ialah tutor anak saya sendiri, dan dengan bangganya saya katakan anak saya sentiasa 'top in her class'.

Saya tidak akan dapat melakukan ini semua jika saya bekerja sepenuh masa. Saya biasanya akan keluar bekerja selepas waktu subuh dan kembali ke rumah selepas waktu ishak, hampir setiap hari. Kadangkala saya terpaksa terbang ke seluruh pelosok negara demi syarikat saya.Ya, duit memang banyak tetapi saya sentiasa letih dan murung ketika di rumah. Saya akan memarahi anak-anak saya tanpa sebab kerana tekanan kerja yang terbawa-bawa sehingga ke rumah.

Setelah sekian lama saya nekad berhenti kerja dan berehat sambil menjaga anak-anak saya.

Biarpun kadangkala sedikit 'pokai' tetapi ternyata fikiran saya lebih tenang dan saya lebih santai dan 'happy'. Bagi menghilangkan rasa bosan saya cuba-cuba menceburi bidang penulisan.Saya juga mengisi masa yang ada membaca Al-Quran dan tafsirannya (selama bekerja saya amat jarang melakukannya, kadang-kadang sembahyang pun kelam kabut).

Bagi saya, saya tidak rasa rugi sedikit pun kerana dapat mendidik anak-anak saya sendiri,lagipun 'life is short' entah bila kita akan kembali, saya mahu berada di dalam ingatan anak-anak saya ketika mereka kecil lagi.

Saya tabik 'spring'kepada lelaki yang memahami dan menghargai jasa para suri rumah di Malaysia ini.

sekian,
Ainur

Azemi Ali said...

Tuan Akauntan Besar Ijat,

Terima kasih kerana sudi melawat dan beri komen.
Terima kasih kerana berkongsi cerita.
Tahniah kerana Tuan Ijat sekarang sudah menjadi seorang Akauntan Besar..hehe.

Salam.
p/s - Tak ada rumah terbuka ke?

Azemi Ali said...

Salam sejahtera Puan Ainur,

Terima kasih keran sudi melawat blog ini dan berkongsi cerita yang memberi motivasi kepada kami. Saya dan isteri amat menghargai perkongsian pengalaman puan.

Semoga puan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.

Adakah Puan Ainur seorang penulis PTS? Apakah tajuk buku puan?

misz_A said...

bestnyer kan... saya yg single lagi ni pun bercita2 nak jd surirumah pro gakk... hehe

Azemi Ali said...

Salam Sejahtera Sensei Misz A.

Semoga suatu hari nanti Sensei yang Pro ini pun boleh menjadi Surirumah yang Pro juga selepas bertemu Mr. rightnyer.

Terima kasih kerana singgah di sini. Baca blog u pasal tayar tu, mengerikan.. 5 tahun terlalu lama untuk tukar tayar..the most 2-3 tahun dah patut tukar dah.

Salam.

joziera said...

Menangis saya baca..rasanya keputusan untuk berhenti keje akhir bulan ni hampir nyata.

Terima kasih tuan. Tulisan yang ringkas tapi padat.

Azemi Ali said...

Terima kasih puan Joziera

Azemi Ali said...

Selepas 6 tahun.

Alhamdulillah anak sulung kami berjaya dapat 5A UPSR di Sekolah Saujana Impian Kajang tahun lepas. Beliau menjadi mentor matematik bagi rakan sekolahnya. Kini beliau bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh.

Alhamdulillah rezeki kami makin bertambah. Saya juga telah berhenti kerja. Kami menjadi usahawan dalam bidang Pengurusan Kewangan Peribadi. Kami juga memberi latihan dan coaching kepada sesiapa yang berminat untuk membuat bisnes dengan modal minima dan masa yang flexible.

Selamat maju jaya kepada puan Joziera.

Terima kasih atas doa tuan puan sekalian.

Salam ukhwah.

Related Posts with Thumbnails