Ibu saya seorang suri rumah. Kakak saya pun begitu. Kakak-kakak ipar pun ramai yang suri rumah. Isteri kawan-kawan rapat seperti Shamsuddin kadir, KAZA, Azuan, Azmi dan Sidi juga suri rumah.
"Cukup ke pendapatan kalau seorang sahaja yang bekerja" tanya seorang kawan.
"Rezeki datangnya dari Allah. Setiap anak yang lahir telah ditetapkan rezekinya, berusahalah. Yakin dengan Allah." jawab seorang kawan lain.
InsyaAllah tidak lama lagi isteri saya juga akan menjadi suri rumah. Menjadi pengurus rumahtangga dan coach anak-anak.Hidup bukan hanya untuk mengumpul wang tetapi ambilah sedikit sekadar keperluan. Jikalau mengejar wang sampai bila pun tak cukup.Lagipun tugas mencari rezeki ialah tanggungjawab suami.
Saya terbaca sepotong hadis yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda:"Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan);sekiranya diberikan kepadanya ia meredhai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ya Allah limpahkan rezeki yang melimpah-limpah kepada sahabat karibku ini dan permudahankan cita-citanya itu. Amin. Amin. Amin.
Maksud Hadis itu amat sesuai untuk satu muatkan di dalam program kewangan saya. Terima kasih kerana berkongsi infomasi yang teramat berguna.
Di pagi hari Jumaat ini saya berbesar hati jika saudara Azemi sudi menjadi seorang daripada Mentor saya.
Shamsuddin Kadir
Terima Kasih atas doa ini. Allah telah permudahkan perancangan kami ini. Sarah telahpun memberi notis perletakan jawatan selama 3 bulan (mengikut kontrak).
Saya tidak layak untuk menjadi mentor tetapi sama-samalah kita berpesan antara satu sama lain sebagaimanapun Surah Al-Asr.
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Post a Comment