
Semasa di Tanah haram saya diajar sepotong doa. Rakan seumrah, Haji Ramlan Othman telah mengajar sesuatu yang baru kepada saya tentang doa.
Katanya "Di sini, di Madinah dan Mekah kita jangan hanya berdoa untuk dunia, tapi berdoalah juga untuk akhirat. Ambilah kesempatan semasa di tempat-tempat mustajab berdoa ini untuk berdoa untuk akhirat."
Ada kisah seseorang yang berdoa untuk menjadi kaya di Tanah Haram. Setelah dia pulang ke tempat tinggalnya, beliau sering diberikan kaya oleh kawan dan jiran. Sungguh mustajab doanya itu. Cuma kaya yang lain beliau dapat.
Kemudian beliau mengajarkan saya sepotong doa . Kata beliau “ Berdoalah semoga kita mati dalam Iman. Kerana Allah telah berjanji jika kita mati dalam iman iaitu mengucapkan syahadah sebelum kita mati maka kita akan dimasukkankan ke dalam Syurga.”
Namun kematian itu satu tidur yang panjang. Yang penuh dengan cabaran. Yang penuh dengan siksaan bagi mereka yang berdosa. Maka doalah agar kita dibebaskan dari seksa kubur.
Jika kita dibebaskan dari seksa kubur ketika kita dibangkitkan di Padang Mahsyar, kita akan dibicarakan atas segala kesalahan di dunia. Kesalahan paling kecil akan dibicarakan beribu-ribu tahun. Berdoalah agar kita dimasukkan ke dalam Syurga tanpa Hisab.
“Tapi saya ni banyak dosa, layakkah saya dapat semua itu? soal saya.
“Allah itu Maha Pemurah. Allah itu Maha Pengasih. Tetapi jika kita tidak pernah berdoa demikian, mungkin kita tidak akan mendapatnya. Jika kita berdoa kita selangkah ke arah itu.
Jadi berdoalah “ Ya Allah. Matikan aku dalam iman, bebaskanlah daku dari seksa kubur dan masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu tanpa hisab". Amin.