Saturday, May 30, 2009

Kembara Sepotong Doa


Semasa di Tanah haram saya diajar sepotong doa. Rakan seumrah, Haji Ramlan Othman telah mengajar sesuatu yang baru kepada saya tentang doa.
Katanya "Di sini, di Madinah dan Mekah kita jangan hanya berdoa untuk dunia, tapi berdoalah juga untuk akhirat. Ambilah kesempatan semasa di tempat-tempat mustajab berdoa ini untuk berdoa untuk akhirat."

Ada kisah seseorang yang berdoa untuk menjadi kaya di Tanah Haram. Setelah dia pulang ke tempat tinggalnya, beliau sering diberikan kaya oleh kawan dan jiran. Sungguh mustajab doanya itu. Cuma kaya yang lain beliau dapat.

Kemudian beliau mengajarkan saya sepotong doa . Kata beliau “ Berdoalah semoga kita mati dalam Iman. Kerana Allah telah berjanji jika kita mati dalam iman iaitu mengucapkan syahadah sebelum kita mati maka kita akan dimasukkankan ke dalam Syurga.”
Namun kematian itu satu tidur yang panjang. Yang penuh dengan cabaran. Yang penuh dengan siksaan bagi mereka yang berdosa. Maka doalah agar kita dibebaskan dari seksa kubur.
Jika kita dibebaskan dari seksa kubur ketika kita dibangkitkan di Padang Mahsyar, kita akan dibicarakan atas segala kesalahan di dunia. Kesalahan paling kecil akan dibicarakan beribu-ribu tahun. Berdoalah agar kita dimasukkan ke dalam Syurga tanpa Hisab.
“Tapi saya ni banyak dosa, layakkah saya dapat semua itu? soal saya.
“Allah itu Maha Pemurah. Allah itu Maha Pengasih. Tetapi jika kita tidak pernah berdoa demikian, mungkin kita tidak akan mendapatnya. Jika kita berdoa kita selangkah ke arah itu.
Jadi berdoalah “ Ya Allah. Matikan aku dalam iman, bebaskanlah daku dari seksa kubur dan masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu tanpa hisab". Amin.

4 comments:

CM said...

Assalamualaikum tuan rumah cheq mai ni!!!terhenjut-henjut kaki pun cheq singgah jugak,pape kt dapur tu bawaklah mai sini,ayaq teh jangan lupa bubuh madu,tak mahu madu hutan mesia,madu yaman yer..

Begitulah keikhlasan seorang sahabat,membimbing ke arah kebaikan,mendorong ke arah kekuatn iman,kisah ni mengingatkan saya pada jasa makcik hamidah dan makcik Jamaliah dari Trolak Perak yang sentiasa membimbing saya dalam kembara umrah,moga Allah merahmatinya.

ada satu part,ttg doa menjadi kaya dunia menyebabkan cheq sbg chairman PK Group jadi terinsaf,aduuh!!!

Azemi Ali said...

Waalaikumussalam cikgu mas.
Terima kasihlah mai walaupun kaki sakit. Ayaq teh tadak, ada ayat hangat ja..hehe

Tadi pergi Pesta Buku Read Malasyia dekat The Mines. Saya baca buku Sheikh Qadir Al-Jailani. Anata yang saya baca pesana beliau ialah " Wahai orang fakir janganlah engkau berangan-angan untuk jadi kaya kerana kekayaan itu mungkin akan menghancurkan mu. Wahai orang yang sakit, janganlan kau berangan-angan untuk sihat kerana kesihatan itu mungkin akan menghancurkan mu".

Tapi tak beli buku tu, sebab banyak buku lagi yang belum habis baca.

Atikah said...

Salam en azemi...

Nak kongsi info cikit... selain doa tu... amalkan sekali ngan doa nie sebelum tidur... Ustaz saya bagi masa mula2 belajar dulu... (la nie tak abih lagi belajar...) "Ya, Allah, aku berlindung denganmu drp Azab Jahanam, daripada azab kubur dan daripada fitnah kehidupan dan kematian dan daripada fitnah Al-Masih Ad Dajjal"

Pst... pst... Kak mas, tak pa... group PK beriman... Amin...

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Terima kasih berkongsi doa tersebut. semoga kita mendapat rahmatNya.

Related Posts with Thumbnails