Sunday, May 24, 2009

Madu







Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang dilhamkan dan dimudahkanNya kepada mu". (Dengan itu) akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Surah An-Nahl (Lebah), ayat 68 & 69.

9 comments:

Atikah said...

Salam en azemi...

Cantiknya bunga orkid tu... nie bunga kat umah en azemi ker?

Madu... banyak khasiatnya... saya kalau batuk... makan madu.. cepat hilang... nak kurus pun boleh guna madu kalau kena caranya... dolu2 waktu belajar, madu nie kita orang buat masker... he.. he..

CM said...

salam en mie...

Ya madu...nabi kata: penawar segala penyakit...Quran sahkan kebaikan madu dan manfaat madu,madu juga lambang kemanisan,tapi persoalannya kenapa masyarakat Melayu mengaitkannya dengan kehidupan berpoligami,yang bila dengar sahaja terasa pahit apatah lagi insan yang mengalaminya.Kenapa `perkataan bermadu `yang digunakan???.kenapa tak sebut hempedu?.Adakah ia satu sindiran atau metafora bombastik pada pengunaaan istilah tu.Ia mungkin madu bagai orang lelaki ,hempedu bagi orang perempuan,tapi awas makan madu dalam kadar berlebihan badan jadi panas,tu jugak simboliknya untuk kehidupan macam tu.

cikgu buka meja forum untuk rakan sebaya cikgu menjawab..yang biasanya tampil idea bernas..jawab??

Azemi Ali said...

Salam Cik Atikah,

Terima kasih kerana datang blog saya ni. Bunga tu saya snap dekat Dewan Bandaran Kajang, depan stadium Kajang. Ada function sempena hari ibu. memang cantik orkid tu.

Saya nak beli madu yaman ni. Orang kata tu madu terbaik dunia. Cik Atikah pernah rasa?

Salam ukhwah

Azemi Ali said...

Salam Cikgu Mas.

Pergi kursus dekat mana?

Kita sebaya ke? Dalam kiraan saya cikgu Mas ni lahir tahun 1976, betul kan?

Madu itu manis.
Bermadu itu biasanya pahit. Hempedu itu pahit.
Kata bidalan bagai hempedu lekat di hati ertinya perhubungan yang erat, yang tidak dapat diceraikan.
Madu dan hempedu itu ada kaitannya.
Tak gitu cikgu?

CM said...

salam en mie..

pi kursus kat melaka,wat modul penulisan subjek teras,balik kg jugak.

mungkin sebaya!!!he.he biarlah ia menjadi misteri,tapi thn 70an lahir..kita sekolah era yang sama.

Berpusinglah ia menjawab,ada madu ada hempedu,papepun jangan cuba bermadu..ok.

Atikah said...

Salam en me...

saya tak pernah pulak rasa madu yaman... madu kg jer... he.. he..

Azemi Ali said...

Salam cikgu mas

saya rasa saya tau sikit kot. Seba ada janggut..hehe

Azemi Ali said...

Salam cik Atikah

Madu Yaman, lebah dia bersarang di padang pasir dan gunung sebab tu bunga dia yang dia ambil lain dr ayng lain. Kat KL pun ada jual. Dekat Ulu Kelang ada. Saya ada kirim dekat kawan yang akan ke Mekah lusa. Nak rasa boleh lah..hehe

Atikah said...

Salam en azemi...

Buleh.. buleh... pos kat sini... he.. he... nanti try cari madu yaman.... biasa dengar madu khaula jer... :)

Related Posts with Thumbnails