Sekarang sudah bulan Rejab. Kemudian diikuti oleh Syaban dan Ramadhan. Pada bulan Rejab inilah peluang untuk umat Islam meningkatkan momentum ibadah. Seterusnya momentun ini akan lebih bertambah di bulan Syaban, Ramadhan, Syawal dan kemuncaknya pada bulan Zulhijjah. Iaitu bagi mereka yang mengerjakan haji. Rebutlah peluang untuk melakukan ibadah seperti berpuasa di bulan Rejab. Banyak fadhilat bagi umat Islam yang berpuasa. Berpuasa dengan sebenar-benarnya, iaitu berpuasa seluruh anggota badan. Janganlah hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.
Pada suatu waktu dahulu apabila saya melihat orang berbekam atau bekas bekam di kepala orang yang berbekam saya rasakan ia sesuatu yang pelik. Kenapa dibotakkan kepala dan ditoreh. Rasa takut untuk mencuba.
Itu dulu. Sekarang saya ok sikitlah. Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.
Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat dari Pusat Rawatan Bekam Al Yakin, Prima Saujana ialah :
1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah menapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.
Banyak sekali faedahnya. Ia adalah sunnah. Kenapa tak cuba?

Sedang mendapat rawatan bekam. Hari ini dalam sejarah, inilah kali pertama saya berbekam. Ada banyak pilihan tempat untuk berbekam sama ada di kepala, belakang badan, kaki, dada, perut dll. Nabi berbekam di kepala, jadi saya pun berbekam di kepala. Yang paling afdhal. Gambar diambil oleh juru bekam dengan 7 tahun pengalaman iaitu Tuan Mohammad Muhahid, pewaris bekam dari ayahnya Hj. Ibrahim Mokhsen.
Semasa bekam tu keluar darah kotor berwarna kehitaman dan pekat. Macam darah beku. Tuan Muhajid tunjuk darah beku itu kepada saya tapi saya tak sempat snap sebab tengah berbaring. Memang likat dan berwarna merah kehitaman.
Masa bekam ni tak keluar darah bersih ke?
Jika doktor ingin ambil darah, doktor akan cari urat. Darah bersih mengalir di dalam urat. Sel darah mati dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan buah pinggang. Namun sebahagian darah kotor masih ada di bawah kulit. Proses bekam mengeluarkan darah kotor dari badan.
Rasa selepas berbekam ialah memang kepala lebih ringan dan hilang pening.

Di kedai gunting sebelum gunting rambut ala rekrut askar. Dan juga ala orang baru balik haji dan umrah.

Gambar terkini sebelum posting ini dibuat.
Berbekam adalah sunnah Nabi di bulan Rejab.