Friday, June 19, 2009

GTS 200


Iman

Amal

Eleganku yang banyak berjasa. Terpaksa berpisah beberapa hari lagi.

SYM GTS 200

Kenderan baru untuk membawaku dari A ke B.


Bagiku kenderaan hanyalah alat untuk membawaku dari A ke B. Ianya tidak lebih dari itu. Aku menunggang motosikal ke tempat kerja. Kenderaan terbaik yang boleh membawa ku dari A ke B. Dengan menunggang motosikal aku dapat jimat antara RM700 - 1,000 sebulan. Jika aku berkereta belanja petrolnya ialah RM17 sehari. Tolnya pula RM4. Parking percuma. Jadi RM21 x 22 hari bekerja sebulan = RM462. Belum ditambah bayaran ansuran kereta, cukai jalan, insurans, penyelengaraan dan sebagainya. Jika menunggang motor belanja petrolnya tidak sampai RM4 sehari untuk jarak 70km. Aku telah menggunakan Eleganku selama 5 tahun. Setelah dianalisa harga belian - harga jualan / masa penggunaan, aku hanya melabur RM80.00 sebulan untuk mendapatkan khidmat Elegan yang berjasa ini. Jimat sekali! Sungguh puas hati. Tetapi aku terpaksa menjual Eleganku kerana ianya mengalami kerosakan dan kos membaik pulihnya terlalu mahal. Adalah lebih ekonomi jika dijualkan sahaja.

Kereta atau motor, fungsinya sama. Membawa manusia dari A ke B. Bagi sesetengah orang pula, kenderaan mereka ibarat rumah kedua. Ada yang yang menganggapnya sebagai isteri kedua.

Ramai orang anggap kereta / kenderaan mereka sebagi imej diri mereka. Apabila mereka memandu kereta besar, mereka merasa kaya. Apabila mereka memandu kereta kecil, mereka rasa rendah diri. Saya kenal beberapa orang jutawan yang hanya berkereta sederhana sahaja. Apabila ditanya kenapa tidak berkereta besar. Seorang jutawan menjawab " Jika saya berkereta kecil ianya tidak menjejaskan kekayaan saya. Bahkan saya lebih jimat kerana kereta kecil lebih jimat minyak".

Namun di luar sana makin ramai manusia yang bertungkus lumus. Siang dan malam untuk mencari duit lebih. Mereka ingin membeli kereta yang lebih besar. Untuk naikkan imej diri kata mereka. Sesetengahnya pula terpengaruh dengan rakan sebaya atau jiran-jiran yang menukar kereta baru. Mengikut pakar motivasi perjumpaan (reunion) semula rakan sekolah / universiti memberi stres kepada sesetengah orang jika tidak mempunyai ilmu kewangan yang mencukupi. Ada orang membeli kereta baru semata-mata untuk ke reunion. Mereka ingin menyatakan mereka lebih berjaya berbanding rakan sebaya yang lain. Padahal kereta tidak melambangkan kekayaan atau kejayaan.

Belilah kereta / kenderaan mengikut kemampuan. Bak kata orang-orang tua " Ukurlah baju di badan sendiri, buat sesuatu ikut kemampuan".

4 comments:

PINATBATE said...

oowwhh..patutlah blogni namanya Hidayah Iman Amal...

Anonymous said...

Bukan semua beli kereta baru untuk menunjuk tuan. Tapi bila dirasakan ada keperluan.

Azemi Ali said...

Kak Pinat..

Begitulah kiranua sempena nama anak-anak saya.. kalau anak saya bertambah nama blog ini pun akan bertambah juga..InsyaAllah.

Salam ukhwah.

Azemi Ali said...

Salam Tuan / Puan Anonymous

Betul kata tuan. Tak semua begitu. Keperluan patut diutamakan.

Related Posts with Thumbnails