Tuesday, June 23, 2009

Internet



Internet sudah menjadi sebahagian dari kehidupan manusia masa kini. Sejak internet dicipta hidup manusia menjadi lebih mudah. Ada orang akses internet dari rumah dan ada pula dari pejabat makala sebahagian dari cyber cafe. Sesetengah pejabat membenarkan pekerja akses internet untuk keperluan peribadi. Sebahagian yang lain melarang pekerja berbuat demikian.

Saya pernah bekerja di cyber cities. Di sini internet adalah suatu kemestian. Tanpa talian internet yang baik, kerja tidak dapat dijalankan. Sekarang saya bekerja di organisasi yang melarang akses internet untuk hal peribadi. Kami sebagai pekerja akur akan arahan ini. Jadi kami melanggan talian internet sendiri di rumah. Saya memilih streamyx. Blog ini diakses dirumah menggunakan talian internet persendirian. Walaupun sekarang adalah waktu pejabat, saya masih dirumah kerana cuti sakit.

Seorang ustaz pernah bercerita tentang akad yang dibua oleh seseorang pekerja dengan majikannya. Jika waktu bekerja ialah 8 jam, maka pekerja berkenaan hendaklah bekerja 8 jam penuh. Ini adalah kerana gaji yang dibayar adalah untuk 8 jam. Apa akan jadi bila jika pekerja tidak bekerja seperti perjanjiannya dengan majikan ? Atau dengan kata lain ponteng kerja. Ada orang kata gajinya tidak berkat. Sesetengah yang lain kata sebahagian gaji yang diterima tidak halal.

Tepuk dada, tanya iman.

2 comments:

benludin said...

lawa gambar tu....masih simpan lampu gasoline tu ke?

Azemi Ali said...

Saya ambil gambar tu di Taman Mini Malaysia, Melaka. Kalau tak silap dekat rumah Perak. Memang antik lampu tu..

Related Posts with Thumbnails