Friday, June 26, 2009

Iqra'


Pada suatu hari, antara waktu Maghrib dan Isya' di hadapan Kaabah. Sementara menunggu Isya' saya duduk mengadap Multazam dan membaca Al-Quran. Saya memilih untuk membaca surah-surah pendek kerana azan Isya' akan berkumandang lebih kurang 10 minit lagi.

Semasa saya membaca Al-Quran, ada seorang Arab sedang mendengar bacaan saya. Dari gaya pakaiannya seperti Arab kaya. Rasanya bukan orang Saudi. Mungkin Qatar atau UAE. Beliau mendengar dengan teliti. Saya fikir bagus juga ada orang Arab yang tentu fasih Al Quran boleh menegur bila saya silap.

Bila saya membaca Surah Al Alaq, ayat 7, orang Arab itu menegur bacaan saya. Salah! Salah! agaknya itulah cakap si Arab itu. Baca begini " An Ra Aa, An Ra Aa" beritahu Arab itu. Saya kehairanan. Sudah berpuluh tahun saya mengaji takkan ayat lazim pun tak betul lagi, bisik saya dalam hati. Saya pun beritahu Arab itu dalam bahasa Melayu " Ini Sabdu, Alif, nun mati, Ra sabdu, jadi bunyinya Ar Ra Aa. Saya menjelaskan kepada Arab itu dengan bahasa melayu kampung. Arab itu masih bertegas yang dia betul. Saya hampir terkonfius dengan Arab ini. "Takkan teruk sangat aku mengaji", fikir saya dalam hati.

Arab itu mati-mati mengatakan dia betul. Saya hampir mati kutu. eh! mana ada kutu sebab masa tu botak..hehe. Saya cakap Melayu, Arab tu cakap Arablah. Saya fikir macam mana nak hentikan Arab ini dari sebarkan ajaran salah. Lalu saya pandang di sebelah kiri saya ada seorang Melayu selang seorang lagi Arab. Saya pun bertanya menegnai hal ini. Beliau pun mengesahkan pertanyaan saya.

Lalu saya pun berkata kepada Arab itu " Malaysia baca Ar Ra Aa, kalau you nak baca lain ikutlah tapi saya orang Malaysia, baca macam ni" saya menerangkan kepada Arab itu dengan tegas dalam bahasa Melayu. Harap dia faham lah. Saya meneruskan bacaan, Arab itu diam tetapi dia terus memperhatikan bacaan saya tapi tidak berani menegur lagi..

Moral of the story -
1 - Bukan semua orang Arab pandai mengaji Al- Quran. Diaorang pun main hentam saja.
2 - Aku ingat dah pandai mengaji, sebab tu tak sambung mengaji dah lepas dan mengaji dari darjah satu sampai form 5. Rupanya aku pun bukan pandai sangat pun. So berkat peristiwa itu timbul kesedaran nak belajar mengaji balik. Rupanya banyak ilmu Al Quran yang aku tak tahu lagi. la ni tengah belajarlah sikit-sikit sejak balik umrah hampir setahun dah. Alhamdulillah.
3. Aku pun patut belajar Arab sikit, biar senang faham Al Quran dan senang berkomunikasi dengan Arab. InsyaAllah kelas formal bermula Julai ini. Kelas tak formal dah start lama dah.
4. Hukum bagi ayat Id'rham memang kena sebut Ar Ra Aa. Nun tu tak kedengaran.

5 comments:

Leenoh said...

Salam Azemiali.
Memang betul bukan semua Arab pandai baca Al.Quran, sebab membaca akhbar Arab dengan membaca Al.Quran jauh bezanya, orang kita yang balik dari Mesir atau negeri Arab juga bukan semua berkebolehan membaca Al.quran dengan betul.
Membaca Al.Quran wajib bertajwid dan dengan sebutan atau makhraj yang betul, Kemahiran ini perlu berdepan dengan guru secara bertalaqqi, tasmik dan musyafahah.
Di Malaysia ramai orang kita Khatam Al.Quran tetapi bukan Sah Khatam Al.Quran, maknanya khatam baca Al.Quran tetapi bacaannya masih tidak betul kerana bacaannya tidak disahkan oleh guru atau orang yang betul-betul berkebolehan.
Sah Khatam Bacaan Al.Quran berlaku dalam satu majlis ujian atau penilaian khususnya mengenai tajwid dan makhraj, sekiranya semuanya lancar barulah dikatakan Sah Khatam Al.Quran.

Azemi Ali said...

Salam cikgu Leenoh,

Terima kasih atas kunjungan dan pandangan tuan.

Betul kata tuan, zaman sekarang ramai orang tamat Al Quran tapi tak khatam sebenar-benarnya. Zaman dulu mengaji payah dan lambat sebab nak alih satu surah tu kenal betul tajwid dan makhrajnya baru boleh, tapi yang susah itulah ilmunya melekat. Sekarang banyak teknik baru macam Iqra', Albarqi, qiraati dsb, tapi kuantitinya lebih dari kualiti. Namun ianya baik sebagai asas untuk anak-anak sekarang. Tapi perlu kesinambungan belajar sepanjang hayat. Ilmu Al-quran itu begitu banyak, sepanjang hayat pun belum tentu habis belajar.Tajwid dan makhraj sebagai asa dan yang penting juga tafsirnya.

Bersamalah kita menyemarakkan ilmu AL-Quran. Al quran akan memberi syafaat kepada orang yang mengamalkan ilmunya di akhirat kelak.

Atikah said...

Salam en azemi...

Betul apa yang en azemi kata... Saya pun cam en azemi juga dulu... ingatkan bacaan dah betul... but bila belajar balik rupanya masih banyak yang silap... bukan senang untuk belajar tajwid nie... bukan boleh belajar dalam masa yang singkat... ianya perlu berterusan sehingga kita boleh menguasinya dengan baik...

Bak kata en leenoh.. membaca quran mesti sebutan n makhrajnya kena betul... saya yang dah 3 tahun kembali belajar tajwid pun masih terdapat kesilapan makhrajnya... n sekarang pun masih belajar lagi... tinggal beberapa bulan lagi... InsyaAllah, akan sambung kembali...

Azemi Ali said...

Salam cik tika,

Baguslah tka dah 3 tahun kembali belajar dan masih muda.. saya baru setahun kebali mendalami AL Quran dan usia pun dah tua.

Namun, sama-samalah kita menyemarakkan ilmu AL Quran. InsyAllah Julai ni saya start kelas bahsa Arab sebagai usaha untuk lebih memahami kandungan LA Quran.

Atikah said...

Salam en Azemi...

Selamat mendalami bahasa Arab... bahasa Al-Quran... InsyaAllah, saya pun akan belajar bahasa arab juga... but tunggu kelas yang nie habis dulu cos kelas sekarang clash ngan bahasa arab punya kelas...

alamak... saya tak muda pun... dah tua la jugak...lebih muda sikit jer dr en azemi... tapi bagi saya, nak belajar apa2 buat sekarang... bukan tunggu tua baru belajar...

Related Posts with Thumbnails